Page 536 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 536

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                    ‘KJ’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DAN LIMA MENINGKATKAN
                                       PENGUASAAN DALAM OPERASI DARAB

                                               1 Joshua Raj Pitchemuthu

                                  1 Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Hulu Kelang
                                              g-19317837@moe-dl.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Kajian  tindakan  ini  bertujuan  untuk  membantu  murid  tahun  empat  dan  lima  dalam

               meningkatkan penguasaan operasi darab dan menjelaskan cara guru membantu murid-murid
               tahun empat dan lima dengan Kaedah Joshua (‘KJ’). Kajian tindakan ini dijalankan terhadap

               murid-murid tahun empat dan lima di sebuah sekolah rendah daerah Gombak. Data kajian
               telah dikumpulkan melalui pemerhatian tidak berstruktur, analisis dokumen serta temu bual
               tidak berstruktur. Data kajian juga telah dikukuhkan melalui triangulasi. Hasil dapatan kajian

               purata min bilangan menjawab sebelum berbanding selepas telah meningkat sebanyak 42.6%
               bagi tahun empat dan 48.5% bagi tahun lima. Peningkatan yang sangat memberangsangkan
               ini menunjukkan bahawa murid-murid telah mendapat menjawab soalan-soalan pendaraban

               dengan betul dan dapat menguasai fakta asas sifir dengan baik. Pengaplikasian ‘KJ’ berjaya
               menyumbang kepada peningkatan terhadap prestasi dan dipengaruhi ‘KJ’ untuk membantu
               meningkatkan penguasaan asas dalam operasi darab.


               Kata Kunci: Kaedah Joshua (KJ), kajian tindakan, murid tahun empat dan lima, operasi darab


               PENGENALAN


               Matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding
               dengan mata pelajaran yang lain. Bagi pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, murid

               hanya diasak dengan empat operasi asas dalam Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
               bahagi dari darjah 1 sehinggalah darjah 6. Namun, selama enam tahun tempoh pembelajaran

               tersebut, masih juga terdapat murid yang tidak menguasai konsep asas operasi tersebut lebih-
               lebih lagi jika melibatkan operasi darab dan bahagi. Kemahiran asas matematik yang sering
               menjadi masalah kepada murid sekolah rendah adalah masalah pendaraban. Kenyataan ini

               disokong  oleh  Patrick  (2008)  dalam  Nur  dan  Roslinda  (2016),  yang  menyatakan  bahawa
               konsep  darab  dan  bahagi  adalah  sangat  susah  untuk  murid  jika  dibandingkan  dengan
               kemahiran penambahan dan penolakan nombor.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                515
   531   532   533   534   535   536   537   538   539   540   541