Page 564 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 564

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               KESIMPULAN

               Kemahiran mendengar murid pulau dipengaruhi oleh budaya yang dibawa oleh pelancong

               asing hingga menyebabkan wujudnya sisipan perkataan bahasa Inggeris seperti “game” dan
               “result”  dalam  pertuturan  peserta  kajian  ketika  mengemukakan  jawapan  walaupun  bahan

               yang diperdengarkan kepada mereka adalah dalam bahasa Melayu. Selain itu, peserta kajian
               juga menyisipkan perkataan bahasa Inggeris ketika menjawab persoalan berkaitan pekerjaan
               ibu  bapa  mereka  seperti  “ayah  saya  bekerja  sebagai  boatman  dan  mak  saya  membuat

               housekeeping di resort”. Ini bertepatan dengan apa yang diutarakan oleh Goddard (2006)
               mengenai  etnopragmatik.  Etnopragmatik  merupakan  pendekatan  bahasa  yang  digunakan
               yang  menjadikan  budaya  memainkan  peranan  utama  sekaligus  membuka  jalan  untuk

               menghubungkan antara bahasa dan fenomena budaya yang berlainan. Ini juga disebabkan
               oleh sebaran bahasa secara geolinguistik oleh pelancong kepada peserta kajian. Pengaruh
               sosialisasi  bahasa  juga  memberi  impak  terhadap  kemahiran  mendengar  murid.  Murid

               menunjukkan kompetensi dalam kemahiran ini menerusi perantaraan kemahiran berbahasa
               yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan keluarga. Penguasaan dan perkembangan bahasa ini

               tidak dapat dielakkan oleh murid dan berlaku secara tidak formal dan berlaku setiap hari.
                       Menurut  Duranti  et  al.  (2011,  dalam  Kwai,  2015),  murid  akan  membuat  peniruan
               tingkah laku dan bahasa sebagaimana yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau keluarga terdekat

               sepertimana rutin dalam kehidupan seharian mereka. Ini dibuktikan oleh cara peserta kajian
               berkomunikasi dan memberi maklum balas terhadap apa yang didengar semasa proses temu

               bual.  Sebagai  contoh,  murid  tidak  dapat  menerangkan  semula  cara  untuk  memasak  nasi
               goreng sepertimana maklumat yang didengar dan ditonton kerana budaya mereka yang kerap
               makan di kedai. Hasil proses sosialisasi bersama masyarakat setempat dan pengunjung luar

               terutamanya pelancong asing juga menyebabkan pemikiran murid lebih dewasa daripada usia
               sebenar.  Didapati  murid  membantu  ibu  bapa  bekerja  selepas  habis  waktu  persekolahan.
               Murid perempuan didapati terlibat secara langsung dalam membantu ibu bapa di kedai makan

               manakala murid lelaki pula cenderung untuk membantu bapa mereka yang bekerja sebagai
               pemandu bot. Murid menyatakan bahawa tiada istilah cuti bagi mereka termasuklah ketika
               musim perayaan. Sebagai contoh, “kita [saya] sekejap je raye [raya], lepas tu, tolong ayoh

               [ayah] bawa bot”.
                       Dalam pelaksanaan ujian kemahiran mendengar, guru dan murid memainkan peranan

               utama  dalam  memastikan  ujian  yang  dilaksanakan  berkesan  dan  mencapai  objektif  yang
               ditetapkan.  Guru  berperanan  sebagai  motivator,  pemudahcara,  membuat  pemerhatian  ke
               atas  tingkah  laku  murid,  dan  memberi  maklum  balas.  Secara  keseluruhan,  guru  perlu

               membantu  memperbaiki  pembelajaran  murid  berdasarkan  maklumat  yang  diperoleh
               (Kementerian  Pendidikan  Malaysia,  2012)  termasuklah  mengenal  pasti  pola  kemahiran



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                543
   559   560   561   562   563   564   565   566   567   568   569