Page 567 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 567
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN KATA NAMA DALAM KOMUNIKASI : KESANNYA KEPADA EMOSI
DAN PERSEPSI
Mazura binti Sulaiman
1
1 Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Melayu, Kuala Lumpur
mazura_sulaiman@ipgkbm.edu.my
ABSTRAK
Bahasa merupakan wahana asas yang digunakan dalam komunikasi lisan antara penutur dan
pendengar. Dalam sesebuah masyarakat terdapat peraturan-peraturan tertentu yang
menjelaskan aspek hubungan dalam komunikasi. Peraturan dan hubungan komunikasi ini
tergambar dalam penggunaan bahasa. Salah satu aspek penggunaan bahasa yang
memperlihatkan hubungan ini ialah penggunaan kata nama. Kertas kerja ini akan
membincangkan kesan penggunaan kata nama dalam komunikasi terhadap emosi individu
dan persepsi yang terlibat dalam komunikasi tersebut. Penggunaan kata nama yang menjadi
fokus kajian ini ialah penggunaan kata nama khas, dan kata ganti nama diri iaitu kata ganti
nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Dalam bidang
pendidikan isu penggunaan kata nama khususnya kata ganti nama juga berlaku. Untuk
mengukuhkan lagi pernyataan ini, soal selidik juga telah ditadbir kepada 42 orang responden
daripada kalangan siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4
tahun 2021. Analisis data soal selidik membuktikan penggunaan kata ganti nama yang salah
dalam komunikasi amat mempengaruhi emosi dan persepsi pendengar.
Kata kunci : komunikasi lisan, kata nama, kata nama khas, kata ganti nama.
PENGENALAN
Komunikasi adalah proses manusia menghantar dan menerima mesej. Bahasa merupakan
satu entiti yang terdiri daripada dua komponen pengetahuan, iaitu tatabahasa dan
penguasaan berbahasa. Penguasaan bahasa pula merujuk kepada pemahaman para
pengguna bahasa tentang pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam pelbagai wacana atau
situasi berbahasa. Dengan perkataan lain, penguasaan berbahasa merupakan kebolehan
para pengguna bahasa memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa dengan betul
dan bersesuaian dengan keadaan bagi memungkinkan pelbagai tujuan komunikasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 546

