Page 568 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 568
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendapat kesan yang diharapkan. Pemilihan kata-kata dalam sesuatu komunikasi berupaya
menimbulkan emosi dan persepsi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Kamus Dewan (2015), menyatakan bahawa emosi bermaksud perasaan pada jiwa
yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain manakala Muhammad Uthman Najati (1993)
menyatakan emosi sebagai bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi
takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Persepsi pula menurut Kamus Dewan
(2015) bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu,
pandangan atau tanggapan.
Dalam komunikasi lisan, wujud pola-pola perhubungan antara penutur dengan
pendengar. Robinson (1972) telah menyatakan dalam sesebuah masyarakat terdapat
beberapa peraturan tertentu dalam perhubungan antara ahli-ahlinya. Peraturan dan bentuk
perhubungan ini tergambar dalam penggunaan bahasa. Percakapan yang menggunakan
bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu memberi
kesan kepada emosi dan persepsi kepada seseorang.
Dalam konteks bahasa Melayu (BM), ungkapan Bahasa Menunjukkan Bangsa amat
sinonim dengan kita. Penggunaan kata nama seringkali dikaitkan dengan penggunaan sistem
panggilan serta amat ditekankan kepentingannya dalam kesantunan masyarakat Melayu. Kini
sistem panggilan dalam bahasa Melayu berhadapan dengan fenomena yang
membimbangkan Nilai- nilai kesantunan dalam panggilan semakin terhakis dengan
kemunculan pelbagai gejala penggunaan bahasa yang tidak sopan. Contoh yang pertama
ialah penggunaan kata gantinama diri yang sering digunakan oleh para remaja masa kini
ketika berinteraksi sesama mereka ialah seperti ‘lu’,’gua’,’bro’ dan lain-lain lagi. Kata
gantinama diri ini dianggap tidak sopan apabila di dengar oleh golongan yang lebih berumur.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menunjukkan kesan penggunaan kata nama khas manusia terhadap emosi dan
persepsi.
2. Mengenal pasti kesan penggunaan kata ganti nama diri terhadap emosi dan persepsi.
KEPENTINGAN KAJIAN
1. Menegaskan kepentingan menggunakan kata nama khas manusia dan kata ganti
nama diri yang betul dalam komunikasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 547

