Page 611 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 611

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               METODOLOGI KAJIAN

               Kaedah Kajian

               Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Instrumen yang dibangunkan telah mendapat penilaian

               kesahan  dan  kebolehpercayaan  yang  dirujuk  dengan  nilai  Cronbach’s  Alpha  0.822.  Soal
               selidik  terdiri  daripada  dua  bahagian  iaitu  Bahagian  A  dan  Bahagian  B.  Bahagian  A
               mempunyai  10  item  soalan  untuk  Domain  Kesihatan  Mental.  Manakala  bahagian  B

               mempunyai 10 item soalan untuk Domain Sokongan Sosial.

               Reka Bentuk Kajian

               Kajian  ini  dijalankan  secara  tinjauan  bagi  mengenal  pasti  situasi  kesihatan  mental  dan
               sokongan sosial dalam kalangan pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-

               19 fasa satu. Soal selidik telah diedar secara Google Form dan seramai 48 orang pemimpin
               PPPM  Caw.  IPG  KPM    telah  menjawab  soal  selidik  ini.  Kesemua  data  telah  diproses

               menggunakan perisian SPSS Statistical dan analisis deskriptif (min, sisihan piawai (sp) dan
               peratus) digunakan untuk mempersembahkan data kajian.


               DAPATAN KAJIAN

               Persoalan Kajian Pertama:
               Apakah situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin PPPM Caw.

               IPG KPM ketika pandemik COVID19 fasa satu?


                   Jadual 1: Pemilihan Situasi Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial Pemimpin PPPM
                                                     Caw. IPG KPM
                  Item                                                         Tidak
                                                                 Setuju                    Tidak Pasti
                                                                               Setuju
                                                               Bil.   %      Bil.   %       Bil     %

                  Dalam tempoh PKP, saya dapat                48     100
                  melakukan tugasan IPGK di rumah
                  dengan baik


                  Dalam tempoh PKP, saya menerima             48     100
                  sokongan sosial daripada keluarga, jiran,

                  rakan sekerja dan Pengurusan IPGK







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                590
   606   607   608   609   610   611   612   613   614   615   616