Page 623 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 623
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ketika sesi PdP, adakah anda
4 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 2 4 17 7
dalam perbualan
Ketika urusan rasmi, adakah anda
5 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 1 4 10 15
dalam perbualan
Ketika urusan pejabat, adakah anda
6 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 1 7 12 10
dalam perbualan
Peratus Skala Likert (%) 11.11 11.67 21.11 27.22 28.89
responden menggunakan bahasa Melayu baku dalam perbualan harian mahupun ketika sesi
PdP dijalankan. Kebanyakan daripada responden hanya menggunakan loghat negeri ketika
bersama keluarga, bersama kawan dan ketika situasi tidak rasmi sahaja.
KESIMPULAN
Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam kalangan warga pendidik masih lagi berterusan,
walaupun masih lagi terdapat sebilangan kecil yang menggunakan loghat negeri masing-
masing dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana warga pendidik dapat
membezakan terdapatnya kepelbagaian pelajar di dalam kelas. Jika semasa proses PdP
berjalan, guru menggunakan loghat negeri tersendiri, maka terdapat setengah pelajar tidak
dapat memahami konten yang dipelajari pada masa PdP hari berkenaan. Selain itu, guru juga
mengajar pelajar supaya menyesuaikan diri dengan menggunakan bahasa Melayu Baku agar
pelajar dapat membezakan penggunaan bahasa Melayu dan loghat negeri berdasarkan
situasi yang dihadapi. Dengan mengekalkan penggunaan bahasa Melayu Baku ketika proses
PdP, maka para penggunaan loghat negeri masing-masing tidak mendatangkan
permasalahan ketika dalam penulisan rasmi. Hal ini kerana, banyak anak muda pada masa
kini menggunakan loghat negeri dalam penulisan karangan mahupun surat rasmi. Perkara
sebegini perlu diambil berat agar penggunaan Bahasa Melayu Baku dapat digunakan pada
situasi tertentu dan sekaligus memartabatkan Bahasa Melayu dalam jati diri masing-masing.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan implikasi penggunaan loghat negeri dalam pengajaran dan pembelajaran,
pengkaji berhasrat untuk memperkembangkan lagi kajian pada peringkat yang lebih luas.
Antara cadangan susulan yang boleh dibuat oleh pengkaji ialah pengkaji boleh membuat
kajian mengenai sebab-sebab penggunaan loghat negeri bagi mengetahui punca
penggunaan bahasa Melayu baku kian pupus. Apabila mengetahui punca maka tindakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 602

