Page 625 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 625

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                  DIAGNOSIS KESILAPAN BAHASA PIT CORDER (1967) UNTUK MENGESAN JENIS
                         JENIS DAN PUNCA-PUNCA KELEMAHAN BAHASA MENGGUNAKAN
                                                 INSTRUMEN UDSBMR

                                                             1
                                                                                    2
                                    Mohd Zaharuddin Omar , Zamri bin Mahamod

                                             1 IPG Kampus Dato Razali Ismail
                                            2 Universiti Kebangsaan Malaysia
                                             zaharuddin.omar@ipgm.edu.my




                                                       ABSTRAK


               Ujian diagnostik digunakan untuk tujuan menempatkan pelajar pada peringkat pelajaran yang
               sesuai sebelum bermulanya sesuatu pelajaran dan mengenalpasti punca kelemahan dalam

               pembelajaran.  Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenalpasti  jenis-jenis  dan  punca-punca
               kesilapan bahasa yang telah dilakukan oleh enam orang pelajar Tingkatan Satu. Instrumen
               Ujian  Diagnostik  Sistem  Bahasa  Melayu  Menengah  Rendah  (UDSBMR)  telah  digunakan.

               Instrumen ini mengandungi 289 item dalam enam konstruk sistem bahasa. Instrumen ini telah
               disahkan  oleh  tujuh  orang  pakar.  Teori  analisis  kesilapan  bahasa  Pits  Corder  (1967)
               digunakan mengesan jenis dan punca kesilapan bahasa. Teori ini telah ditransformasikan

               secara  berjadual  untuk  disesuaikan  dengan  alat  ujian  bentuk  objektif.  Dapatan  kajian
               menunjukkan 238 kesilapan bahasa telah dilakukan dalam semua konstruk sistem bahasa.

               Jenis kesilapan sistematik paling banyak dilakukan iaitu 136 kesilapan (57.14%) , diikuti post
               sistematik sebanyak 72 kesilapan (30.25%) dan pre sistematik 30 kesilapan (12.60%). Punca
               kesilapan  bahasa  paling  ketara  adalah  disebabkan  oleh  tidak  mengetahui  batas  rumus

               bahasa  iaitu  135  kesilapan  (56.7%),  diikuti  generalisasi  dan  aplikasi  melampau  iaitu  63
               kesilapan  (26.4%),  menghipotesiskan  konsep  yang  palsu  iaitu  22  kesilapan  (9.2%),  dan

               pengaruh bahasa ibunda atau bahasa pertama iaitu 18 kesilapan (7.5%). Kesimpulannya,
               instrumen  UDSBMR  telah  Berjaya  mengesan  jenis  dan  punca  kesilapan  bahasa  dalam
               kalangan pelajar Tingkatan Satu menerusi stransformasi berjadual.


               Kata kunci : ujian diagnostik, kesilapan sistematik, post sistematik, pre sistematik.


               PENGENALAN

               Kajian ini dilaksanakan untuk mendiagnosis kesilapan sistem bahasa yang dilakukan oleh

               pelajar Tingkatan Satu. Diagnosis dari segi bahasa bermaksud perbuatan untuk mengenal
               pasti  sesuatu  penyakit  berdasarkan  tanda  dan  gejalanya  (Kamus  Dewan  2010).  Nik  Aziz
               (1989) menyenaraikan tiga konsep yang berkaitan dengan diagnosis dalam bidang perubatan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                604
   620   621   622   623   624   625   626   627   628   629   630