Page 629 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 629

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Kesimpulannya, faktor utama pelajar Cina, India dan Pribumi melakukan kesalahan
               bahasa  disebabkan  oleh  terpengaruh  bahasa  ibunda.  Manakala  factor  utama  kesalahan

               pelajar Melayu disebabkan oleh faktor guru dan kaedah pengajaran. Kesalahan tatabahasa
               adalah paling banyak dilakukan.


               METODOLOGI

               Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca kesilapan bahasa yang

               dilakukan oleh enam orang pelajar Tingkatan Satu. Objektif kajian ini ialah menentukan jenis-
               jenis dan punca-punca kesilapan bahasa. Soalan kajian pula ialah “Apakah jenis-jenis dan
               punca-punca kesilapan bahasa yang dapat dikesan?

                       Pengkaji  telah  memilih  enam  orang  pelajar  di  Pahang  yang  mempunyai  rekod
               pencapaian yang sederhana dalam peperiksaan UPSR dalam mata pelajaran Penulisan dan
               Pemahaman Bahasa Melayu. Mereka menggunakan pelbagai bahasa ibunda seperti bahasa

               Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa peribumi serta tiga dialek utama seperti
               dialek Pahang, dialek Terengganu dan dialek Kelantan. Pelajar-pelajar ini menjawab semua

               soalan yang diberikan menggunakan instrumen UDSBMR mengikut jadual. Jawapan pelajar
               disemak  berdasarkan  skema  jawapan  yang  disediakan.  Selepas  itu,  jawapan  pelajar
               dianalisis dan dikategorikan berdasarkan teori analisis kesilapan bahasa Pits Corder (1967 &

               1981).
                       Instrumen UDBMMR digunakan dalam kajian ini. UDBMMR mengandungi enam set

               ujian berdasarkan enam konstruk utama yang terdiri daripada 289 item. Kontruk tersebut ialah
               morfologi (111 item), pembentukan kata (50 item), sistaksis (50), kosa kata (15), peribahasa
               (28), dan ejaan (35).


               DAPATAN KAJIAN

                          Jadual 3  Analisis Pengesanan Kesilapan Bahasa (S.Pit Corder 1967)

                  2)Pemerian     3)Penjelasan    Resp    1)Kenal pasti Kesilapan (6 Konstruk SB)
                  a-ibunda(i)                    onde    a)Pre        b)Sistema   c)Post            Juml

                  b-sasaran(s)                   n       Sistematik  tik          Sistematik        ah
                                                         (yakin)      (Belajar)   (Terlupa/tersila
                                                                                  p)

                                                 R1: C        -            -              -            -
                  Psikologi      (Interlingual)   R2: I       -            -              -            -

                                                 R3:          1           1               -           2
                                                 Pr           -           3               -           3




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                608
   624   625   626   627   628   629   630   631   632   633   634