Page 685 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 685

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               tersebut. TMK yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan setiap negara secara umum dan
               memudahkan aktiviti PdPc serta menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif, komunikatif dan

               mampu bekerja secara kolaboratif. Generasi baharu abad ke-21 yang bakal menjadi sumber
               tenaga kerja pada masa akan datang, tidak terlepas dengan penggunaan TMK yang semakin
               mengalami perubahan dari segi kemajuan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, inisiatif

               bagi  melahirkan  guru  berkualiti  telah  banyak  dilakukan.  Melalui  Pelan  Pembangunan
               Pendidikan Malaysia (PPPM), anjakan ke-7 transformasi sistem pendidikan negara adalah

               untuk  memanfaatkan  TMK  dalam  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (Kementerian
               Pendidikan Malaysia, 2013).
                       Penggunaan  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK)  dalam  Pendidikan  Muzik

               boleh  bertindak  sebagai  alat  yang  berkesan  untuk  pembelajaran  yang  berkesan  kepada
               kanak-kanak (Zhi Hui Cai, Xitao Fan & Jianxia Du, 2016). Muzik dapat memberi kesan yang

               bernilai terhadap perkembangan psikologi dan perkembangan kognitif kanak-kanak (Kwan
               Shwu Shyan, 2015).  Muzik juga membantu mencungkil dan mengembangkan bakat serta
               potensi seseorang murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Salah satu

               modul yang diajar untuk murid-murid sekolah rendah adalah Pengalaman Muzikal.  Murid-
               murid diberi pendedahan dalam permainan rekoder supaya mereka berpeluang melibatkan
               diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan

               dan pengalaman.
                       Pendidikan  Abad  ke-21,  guru  haruslah  menitikberatkan  penggunaan  Teknologi
               Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK)  dalam  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)

               Pendidikan  Muzik  untuk  membantu  murid  meningkatkan  perkembangan  kognitif  serta
               penerokaan dalam semua kemahiran dan teknik dalam mata pelajaran ini (Kwan, 2015). Oleh

               yang demikian, kajian ini berfokus kepada satu tindakan penggunaan perisian komputer iaitu
               Scratch dalam permainan duet rekoder Soprano bagi lagu “Rasa Sayang” digunakan dalam
               kalangan murid tahun empat secara luar talian.


               REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

               Bermula dengan penutupan semua sekolah di China pada Mac 2019, tempat bermula wabak

               virus  pandemic  Covid19  diikuti  dengan  penutupan  semua  sekolah  di  kebanyakan  negara
               termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan PKP yang bermula dari 18

               Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020,
               dilanjutkan  ke  PKP  Fasa  3  bermula  dari  15  hingga  28  April  dan  seterusnya  PKP  Fasa  4
               bermula  dari  29  April  hingga  12  Mei.  Oleh  disebabkan  catatan  peningkatan  kadar

               kebolehjangkitan  semakin  merisaukan  Kerajaan  Malaysia  telah  memutuskan  untuk





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                664
   680   681   682   683   684   685   686   687   688   689   690