Page 687 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 687

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               empat  dalam  penghasilan  projek  dan  pemantapan  kemahiran  permainan  duet  rekoder
               Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian.


               OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


               Objektif Kajian:
                   1.  Menjelaskan penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
                       Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian

                       dalam kalangan murid tahun empat.

                   2.  Menjelaskan  cara  guru  menambah  baik  pendekatan  PdPDR  menggunakan  teknik

                       ‘SCREKO’  secara  luar  talian  bagi  penghasilan  projek  dan  pemantapan  kemahiran
                       permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa dalam kalangan murid tahun empat.


               Soalan Kajian
               Secara khususnya, persoalan kajian adalah seperti berikut:

                   1.  Sejauh  manakah  penghasilan  projek  dan  pemantapan  kemahiran  permainan  duet
                       rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar
                       talian dalam kalangan murid tahun empat?


                   2.  Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi PdPDR menggunakan teknik

                       ‘SCREKO’  secara  luar  talian  bagi  penghasilan  projek  dan  pemantapan  kemahiran
                       permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun
                       empat?


               Peserta Kajian
               Dalam penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano bagi

               lagu Rasa Sayang melibatkan murid-murid tahun empat di sebuah sekolah rendah di daerah
               Gombak.



               SOROTAN LITERATUR


               Nagavalli, Rozniza dan Voon (2019), menyatakan bahawa penggunaan multimedia interaktif
               3D animasi ‘Scratch’ dalam mata pelajaran Sains dapat memberi kesan yang positif dari segi
               penggunaannya. Penggunaan multimedia interaktif 3D animasi ‘Scratch’ yang sesuai dengan

               tahap  pembelajaran  murid-murid  menjadikan  pengajaran  mata  pelajaran  Sains  mencapai
               objektif yang ditetapkan.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                666
   682   683   684   685   686   687   688   689   690   691   692