Page 688 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 688
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Muhamad, Sabariah dan Muralindran (2018), pula menyatakan bahawa proses pembelajaran
permainan menunjukkan peningkatan signifikan dalam tiga tempoh masa. Mereka
menjalankan penyelidikan untuk membantu pelajar matrikulasi yang mengambil subjek Biologi
bagi tajuk respirasi sel dengan penggunaan perisian ‘Scratch’.
Darsenee (2020), juga telah menjalankan satu inovasi digital dengan perisian
‘Scratch’. Hasil inovasi menunjukkan bahawa penggunaan perisian ‘Scratch’ banyak
membantu murid-murid tahun lima untuk meningkatkan penguasaan imbuhan dengan betul
dan telah menarik minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut A.M dan J.L (2016) menegaskan bahawa perisian ‘Scratch’ adalah wajib
digunakan dalam proses pengajaran di peringkat sekolah menengah. Afrin, Ming, Cody, Caleb
(2017), menyarankan bahawa perisian ‘Scratch’ menjadikan satu pendekatan dalam
pengajaran bilik darjah K-12. Lian Duan (2020) dalam blog menyatakan bahawa perisian
‘Scratch’ merupakan salah satu perisian dalam talian untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai kajian yang telah dilakukan di dalam dan luar negara berkaitan dengan
perisian komputer ‘Scratch’ di peringkat rendah hingga di peringkat universiti. Maka secara
tidak langsung saya telah menggunakan perisian komputer ‘Scratch’ dalam penyampaian
PdPDR bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran di rumah secara luar talian. Saya menggunakan kajian tindakan
ini dapat membantu penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat. Kajian tindakan ini
dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif kerana tajuk yang dipilih lebih memerlukan analisis
pemerhatian, senarai semak dan rekod anekdot.
Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model Kemmis dan Taggart (1988). Dalam model
ini terdapat empat langkah seperti merancang (Plan), bertindak (Action), memerhati (Observe)
dan mereflek (Reflect) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 667

