Page 726 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 726

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               BM. Iklan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kita. Sasaran utama bagi golongan
               kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memahami bahasa dalam iklan sekiranya menonton setiap

               hari.  BM  digunakan  sebagai  bahasa  berita  dan  maklumat  bagi  menyampaikan  maksud
               digunakan  oleh  penyampai  berita,  temu  bual  wartawan  dengan  masyarakat,  wawancara
               dengan menteri, pegawai kerajaan, tokoh korporat dan sebagai dengan menggunakan BM

               sahaja.  Rancangan  kanak-kanak  dalam  BM  turut  menjadi  agenda  utama  dalam  usaha
               mempengaruhi kanak-kanak  menguasai BM.


               Peranan BM Mampu Membentuk Perpaduan Kaum
               Peranan BM telah menjadi bukti kemampuan dalam pembentukan perpaduan negara bangsa.

               Peranan BM melalui pendidikan dalam pembentukan perpaduan telah terbukti apabila BM
               dijadikan  sebagai  bahasa  pengantar  di  semua  sekolah  kebangsaan.  Pelajar-pelajar  boleh

               berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Pelajar-pelajar dapat
               memahami BM dengan mudah sekiranya mereka menguasai BM. Kementerian Pendidikan
               sentiasa mengadakan program yang menggunakan BM sepenuhnya. Peranan BM melalui

               masyarakat turut dibuktikan dengan program satu Malaysia iaitu membentuk satu Gagasan
               dengan menjadi BM sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa
               sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

               dan lagunya sering berkumandang di radio dan televisyen. Pengertian dan maksud lagu dapat
               dilihat menerusi bait-bait lagu tersebut.


               KESIMPULAN

               Nilai  BM  sebagai  alat  penyatuan  bangsa  dilihat  dengan  lebih  telus  bagi  penyatuan  kaum

               menjadi asas utama dalam pembentukan budaya bahasa di Malaysia. BM terpilih sebagai
               bahasa  kebangsaan  dan  seterusnya  menjadi  wahana  penyatuan  masyarakat  majmuk  di
               Malaysia.  BM  wadah  Penyatuan  Bangsa.  Sejarah  telah  membuktikan  bahawa  BM  telah

               diterima sebagai lingua franca  sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
               BM digunakan secara meluas dalam perdagangan dan politik. Pencapaian perpaduan negara
               yang  tulen  hanya  boleh  termakbul  melalui  wahana  BM  sebagai  kebangsaan  dan  bahasa

               perpaduan  telah  meletakkan  masyarakat  majmuk  di  negara  ini  dalam  satu  identiti  iaitu
               Bangsa Malaysia. Malaysia hari ini menjadi model perpaduan dunia melalui satu bahasa iaitu

               Bahasa  Malaysia.  Frasa  Bahasa  Malaysia  Teras  Perpaduan  Bangsa      boleh  ditafsirkan
               sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan menjadi
               tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum dan bangsa. Kesimpulannya, BM sebagai

               bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia.
               Kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Hanya BM yang



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                705
   721   722   723   724   725   726   727   728   729   730   731