Page 725 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 725
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti
bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan
komunikasi mereka. Komuniti Melayu adalah golongan yang berketurunan Melayu yang
memiliki jati diri Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat Melayu tetapi komuniti
bahasa Melayu pula ialah golongan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi
menuturkan BM dalam pertuturan seharian mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan
penutur bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu, India, Cina, etnik bumiputera dari
negeri Sabah dan Sarawak dan kumpulan etnik minoriti yang lain.
Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunan yang mencakupi ciri-ciri dan nilai-
nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa, beradab dan memiliki nilai-nilai yang
diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan BM
dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Penggunaan BM dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-
mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam BM. Begitujuga,
amalan bergotong-royong, menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta
sambutan rumah terbuka yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong
dalam masyarakat menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik dan berkomunikasi dalam
BM iaitu bahasa yang mudah difahami. BM turut dijadikan sebagai bahasa perhubungan
antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini,
hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan toleransi antara
kaum perlu diamalkan untuk melihat perpaduan terlaksana.
Peranan BM Melalui Media
Melalui media, kerajaan memperluaskan penggunaan BM dalam komunikasi. Terdapat dua
bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media elektronik. Media banyak
mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai alat
perpaduan iaitu BM. Paparan dan isi kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat,
temu bual, soal jawab yang menggunakan BM sebagai bahasa utamanya mampu membantu
penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan BM yang betul dan
sebagai bahasa penyebar maklumat. Perantara dan tetamu forum menggunakan BM untuk
berbicara dengan penggunaan bahasa yang baik dan teratur selain daripada mendapat
maklumat. Ia mampu melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai penyebar maklumat yang
tepat, benar, mempunyai matlamat atau objektif serta seimbang malah mempamerkan bentuk
penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Penggunaan kata atau bahasa turut
mempengaruhi penonton. Misalnya drama Melayu yang menggunakan ayat yang menarik
ataupun perkataan akan menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja. Bagi iklan pula, turut
menyokong peranan BM. Iklan menggunakan laras bahasa, perkataan dan sebutan dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 704

