Page 747 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 747

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               penyelesaian  masalah  ponteng  dalam  kalangan  pelajar  sekolah.  Oleh  itu,  ibu  bapa
               menghasilkan  anak  yang  cemerlang  dan  berguna  manakala  pihak  sekolah  menghasilkan

               generasi unggul dan modal insan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.


               METODOLOGI KAJIAN

               Populasi Kajian

               Kajian  ini  melibatkan  pelajar-pelajar  tingkatan  5  pada  tahun  2019  di  Sekolah  Menengah
               Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah. Untuk memudahkan kajian ini digunakan

               sebuah sekolah di mana tingkatan kadar ponteng lebih daripada 60 peratus.


               Sampel Kajian

               Menurut Mohd Najib (1999), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
               keputusan kajian. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan sampel rawak jenis kelompok
               dengan memilih pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMK Tanjong Puteri. Seramai 100 orang pelajar

               daripada 184 pelajar di tingkatan 5 bagi tahun 2019. Segala maklumat untuk mendapatkan
               populasi  DNA  sampel  bagi  kajian  ini  dirujuk  daripada  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal  Murid
               (HEM), guru disiplin dan juga NBOS di sekolah-sekolah yang terlibat.



               Instrument Kajian

               Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebagai alat
               ukur bagi pengumpulan data. Soal selidik merupakan satu yang lazim digunakan dalam kajian
               tinjauan. Ia membolehkan penyelidikan dapat mengetahui sikap seseorang dalam menjawab

               soalan  bagi  memastikan  kesahan  soal  selidik  yang  digunakan.  Borang  soal  selidik  terdiri
               daripada  tiga  bahagian  iaitu  bahagian  A  demografi  responden,  bahagian  B  iaitu  penentu-

               penentu  yang  mempengaruhi  ponteng  sekolah  dan  bahagian  C  iaitu  cadangan-cadangan
               untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Kajian rintis dijalankan sebelum
               set  soalan  diedarkan  kepada  responden  untuk  tujuan  kefahaman  pelajar  dari  segi  isi

               kandungan dan kebolehpercayaan item soalan. Kajian rintis ini dijalankan ke atas 30 orang
               pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah di SMK Tanjong Puteri tingkatan 4.

               Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian ini ialah 0.602. Oleh itu, pekali saiz Cronbac’s Alpha
               didapati kebolehpercayaan soal selidik adalah baik kerana >0.05.








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                726
   742   743   744   745   746   747   748   749   750   751   752