Page 746 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 746
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kepimpinan sekolah dengan ponteng sekolah yang dijalankan di 31 buah sekolah menengah
di England.
Menurut Sharif Mustafa dan Suria Abd Jamil (2012), perlakuan ponteng sekolah berkaitan
dengan sikap guru mata pelajaran. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kurang
menarik dan sikap guru yang mudah marah menyebabkan pelajar terdorong untuk melakukan
masalah ponteng sekolah ini.
Peryataan yang diutarakan oleh Barnert et al., (2015) bahawa apabila sekolah gagal untuk
memenuhi keperluan kasih sayang dan keselesaan hidup, maka seseorang pelajar itu akan
cenderung menghabiskan lebih banyak waktu di jalanan dan tidak berminat untuk berada di
sekolah. Selain daripada itu, pelajar yang ponteng sekolah juga berkemungkinan besar akan
mencari masalah di sekolah, mengalami kesulitan psikososial serta terlibat dengan masalah
peringkat juvana.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memperolehi dapatan dalam menangani ponteng sekolah. Secara
khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah:
Objektif Umum
Menganalisis faktor ibu bapa dan menyebabkan masalah ponteng di Sekolah Menengah
Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
Objektif Khusus
1. Mengenal pasti faktor ibu bapa menyebabkan masalah ponteng di Sekolah Menengah
Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
2. Mengenal pasti faktor guru matapelajaran menyebabkan masalah ponteng di Sekolah
Menengah Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
3. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Persoalan terhadap salah laku ponteng ini telah banyak diperkatakan oleh pelbagai pihak
sama ada ibu bapa sendiri atau pihak sekolah. Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada
ibu bapa dan pihak sekolah punca masalah ponteng dalam kalangan pelajar.
Selain itu, dapatan kajian ini penting sebagai pedoman atau panduan kepada ibu bapa dan
pihak sekolah agar memahami dan mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebbakan
ponteng dalam kalangan pelajar. Pihak-pihak yang terbabit yang juga dapat mencari jalan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 725

