Page 748 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 748
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Demografi Responden
Jadual 1, menunjukkan demografi responden terdiri daripada 83% pelajar lelaki dan 17%
adalah pelajar perempuan. Responden terdiri daripada lapan buah kelas di tingkatan 5 SMK
Tanjong Puteri iaitu 5A tiada kes ponteng, 5B tiada kes ponteng, 5C (6.02% pelajar lelaki dan
11.76% pelajar perempuan), 5D (18.07 % pelajar lelaki dan 5.88% pelajar perempuan), 5E
(12.05 pelajar lelaki dan 23.53 pelajar perempuan), 5G (30.12% pelajar lelaki dan 23.53%
pelajar perempuan) dan 5H (15.66% pelajar lelaki dan 41.18% pelajar perempuan).
Responden terdiri daripada pelabagai bangsa iaitu Melayu (75.90% lelaki dan 82.35% pelajar
perempuan), Cina tiada rekod ponteng, India (20.10% pelajar lelaki dan 17.655 pelajar
perempuan) dan lain-lain bangsa (4% pelajar lelaki dan pelajar perempuan tiada). Dari segi
penempatan pula pekan 25% manakala 75% tinggal di luar bandar.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian bagi kajian ini di analisis menggunakan Jadual Tafsiran Min seperti dalam
Jadual 2. Jadual 2, menunjukkan analisis skor min yang diperolehi daripada bora ng soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden.
Jadual 2: Jadual Tafsiran Min
Skor Min Tahap
kecenderungan
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi
Nota: Ubah suai Landell, 1977.
i)Adakah ibu bapa yang menyebabkan masalah ponteng?
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi dapatan kajian item faktor ibu bapa. Didapati skor min
keseluruhan bagi faktor ibu bapa berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.58.
Dapatan kajian menunjukkan nilai skor min paling rendah adalah 2.65 iaitu responden
mengakui bahawa ibu bapa kurang mengambil berat mengenai responden. Justeru itu,
dapatan kajian menunjukkan bahawa kebenaran ibu bapa memberikan saya keluar dengan
rakan sebaya skor min adalah tinggi iaitu 4.25.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 727

