Page 756 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 756

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               tentang  cara  menyebut  kalimah-kalimah  al-Quran  dan  jalan  menunaikannya  dari  segi
               persamaan dan perselisihan serta menyandar setiap bentuk bacaan.


                       Oleh itu, responden telah menunjukkan bahawa mereka memahami pengertian qiraat
               secara dasarnya. Malah mereka juga dapat memberikan contoh imam-imam qiraat yang lain

               mengikut kitab Taqribul Ma’ani karangan Imam Syatibi Ketika sesi temubual. Ini membuktikan
               pembelajaran ketika semester dua ketika kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat secara teori
               dan amali memberikan kelebihan kepada responden.


               Berdasarkan  kepada  dapatan  kajian,  penguasaan  responden  adalah  berkisar  kepada
               pengertian  dan  perkara-perkara  berkaitan  dengan  qiraat  Hafs  an  ‘Asim  seperti  asal-usul,
               keistimewaan  qiraat  Hafs  berbanding  qiraat  yang  lain  dan  sebagainya.  Di  dalam  hal  ini,

               responden  telah  menyatakan  dengan  baik  tentang  mengapakah  qiraat  ini  diguna  pakai
               dengan secara meluas di dunia. Secara umumnya responden menyatakan bahawa faktor

               yang menyebabkan qiraat ini berkembang secara meluas adalah disebabkan qiraat ini selari
               dengan penulisan al-Quran resm Uthmani.

                       Bertepatan  dengan  perkara  ini,  menurut  Maznah  (2007)  Rasm  Uthmani  adalah  al-

               Quran  yang  disepakati  dan  diterima  umum  sebagai  yang  paling  sahih.  Mashaf  al-Quran
               mengikut Rasm ini ditulis sesuai dengan bacaan Hafs ‘an ‘Asim. Lebih 85% umat Islam di
               seluruh  dunia  membaca  al-Quran  Hafs  ‘an  ‘Asim.  Al-Quran  sejak  dari  zaman  Sayyidina

               Uthman bin ‘Affan r.a. walaupun terdapat banyak lagi faktor yang menjadikan qiraat ini banyak
               diamalkan  di  dunia  tetapi  responden  hanya  menekankan  mengenai  perkara  ini  sahaja

               bersesuaian dengan apa yang telah mereka pelajari.

                       Berdasarkan  kepada  dapatan  kajian,  responden  juga  mengetahui  apa  yang
               dimaksudkan  dengan  ayat-ayat  khusus  qiraat  Hafs  an  ‘Asim.  Malah  mereka  juga  mampu

               menyatakan sekurang-kurangnya tiga contoh. Responden kedua agak keliru dengan istilah
               ayat-ayat khusus namun setelah diberikan contoh, responden 2 dapat memberikan contoh
               lain  dengan  betul.  Istilah  lain  yang  digunakan  bagi  ayat-ayat  ini  ialah  ayat  gharib  yang

               bermaksud  pelik  atau  ganjil.  Sebenarnya  bacaan  gharib  tidak  wujud  dalam  mana-mana
               riwayat qiraat sama ada mutawatir atau pun masyhur tetapi istilah ini hanyalah sekadar untuk
               menunjukkan kaedah bacaan yang berlainan daripada kaedah biasa.



               Persoalan  2:  Sejauh  manakah  Pengaplikasian  Qiraat  Hafs  An  ‘Asim  Siswa  Guru

               Pendididkan Islam IPGKDRI

               Dapatan kajian menyentuh tentang aspek konsep-konsep dan cara bacaan bagi setiap hukum
               yang ditentukan oleh pengkaji menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                735
   751   752   753   754   755   756   757   758   759   760   761