Page 98 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 98
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
APLIKASI ‘WHITEBOARD.fi’ DALAM MENINGKATKAN MINAT
PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA CINA
Kristil Tan Ai Teng, Ahmad Fuad Mohamad Amin, Yau Yee Shin
(kristiltan@gmail.com)
Abstrak
‘Whiteboard.fi’ merupakan satu platform yang boleh digunakan oleh para pendidik
semasa menjalankan e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19. Sehubungan itu,
kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi ‘Whiteboard.fi’ oleh guru Bahasa Cina
dan hubungannya terhadap minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Cina. Seramai
62 orang responden daripada pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang mengambil
subjek Bahasa Cina daripada SMJK Katholik telah dipilih secara rawak mudah untuk
kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi bagi
menjawab aspek penggunaan dan minat pelajar sepanjang interaksi PdP secara dalam
talian. Dapatan kajian ini dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS
Versi 23 mendapati respon pelajar terhadap penggunaan ‘Whiteboard.fi’ adalah sangat
tinggi (min=4.510, SP=0.328). Manakala minat pelajar terhadap Bahasa Cina
mencatat skor min tinggi (min=4.145, SP=0.593). Analisis Korelasi Pearson pula
mendapati aplikasi ‘Whiteboard.fi’ mempunyai hubungan positif yang kuat dan
signifikan (r=0.615, p<0.05) dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Cina. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar memberi persepsi yang positif
terhadap aplikasi ‘Whiteboard.fi’ dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian untuk mata pelajaran Bahasa Cina. Kajian ini memberi implikasi kepada guru
dan ibu bapa dalam memberi galakan kepada pelajar agar dapat mengaplikasi e-
pembelajaran secara optimum bagi menarik minat pelajar terhadap pembelajaran
Bahasa Cina walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.
Kata kunci: Whiteboard.fi, minat pelajar, mata pelajaran Bahasa Cina
96

