Page 22 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 22

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                            KEBERKESANAN INOVASI DISSOLUTION OF MARRIAGE (D.O.M)
                          SMART CYCLE DALAM MODUL PENDIDIKAN ISLAM 2, SIJIL KOLEJ
                                                          KOMUNITI


                         Norhana Ahad, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Khairul Azhar Meerangani

                            (norhana@kkseg.edu.my, fahmihamid@uitm.edu.my, azhar411@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Modul Pendidikan Islam 2 (MPU 1331) merupakan subjek wajib bagi pelajar yang
                        mengikuti  Sijil  Kolej  Komuniti  Malaysia.  Pengisian  dalam  modul  ini  sepenuhnya
                        berkisar  tentang  aspek  munakahat  dalam  Islam  iaitu  dari  urusan  awal  pernikahan
                        sehingga  pembubaran  perkahwinan.  Bagi  topik  pembubaran  perkahwinan,  ianya
                        menampilkan tahap penguasaan dan kefahaman yang berbeza kalangan pelajar kerana
                        perbincangan di bahagian ini yang sarat dengan fakta khusus, menjadikan kurangnya
                        penguasaan  pelajar  dalam  bahagian  ini.  Dapatan  analisis  hasil  pembelajaran  bagi
                        modul ini menunjukkan peratusan yang rendah bagi hasil pembelajaran kursus (CLO)
                        ketiga, yang mana berkisar tentang topik pembubaran perkahwinan. Justeru, kajian ini
                        untuk melihat keberkesanan inovasi Dissolution Of Marriage (D.O.M) Smart Cycle
                        yang telah direka khusus sebagai alternatif bahan bantu pengajaran yang lebih kreatif
                        dan inovatif bagi memudahkan pembelajaran bagi topik pembubaran perkahwinan.
                        Menggunakan pendekatan kuantitatif, melalui edaran soal selidik kepada 75 orang
                        pelajar yang mengambil modul Pendidikan Islam 2 pada semester Disember 2019.
                        Seterusnya,  analisis  min  dan  korelasi  telah  digunakan  dalam  kajian  ini.  Dapatan
                        menunjukkan  persepsi  positif  pelajar  terhadap  keberkesanan  penggunaan  inovasi
                        D.O.M  dengan  skor  min  4.76,  selain  daripada  nilai  hubungan  signifikan  antara
                        kefahaman  dan  keberkesanan  yang  menjelaskan  keberkesanan  inovasi  ini  dalam
                        peningkatan  kefahaman  pelajar  terhadap  modul  Pendidikan  Islam  2,  bagi  topik
                        pembubaran perkahwinan.

                        Kata kunci: Inovasi Pengajaran & Pembelajaran, Pendidikan Islam, Kolej Komuniti











                                                                                                       20
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27