Page 17 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 17

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                              KECELARUAN KERESAHAN DAN DEPRESI: SEJAUH MANA
                                            IMPAKNYA KEPADA KEHIDUPAN?


                                                       Naziah Abd. Kadir

                                                     (nazya_87@yahoo.com)


                                                            Abstrak

                        Isu  kecelaruan  keresahan  (anxiety)  dan  depresi  di  kalangan  masyarakat  Malaysia
                        bukanlah  suatu  isu  baru.  Malah  di  peringkat  dunia  juga  ia  sentiasa  menjadi topik
                        perbincangan di setiap forum mahupun rancangan bual bicara. Namun begitu, sikap
                        keterbukaan terhadap isu ini masih lagi berada pada tahap yang rendah. Masih ramai
                        penghidap yang cenderung memendam perasaan kerana penerimaan orang sekeliling
                        yang masih kurang memahami. Rata-rata penghidap anxiety atau depresi menyatakan
                        mengalami pengalaman buruk apabila mereka mula menyuarakan tentang situasi yang
                        dihadapi. Ada yang mengatakan mereka kurang pegangan agama. Tidak kurang juga
                        yang  menuduh  mereka  sekadar  mengada-ngada.  Penyakit  anxiety  dan  depresi  ini
                        memberi  impak  terhadap  kehidupan  penghidapnya  sendiri  mahupun  rumahtangga,
                        anak-anak dan orang sekeliling. Kajian ini akan membincangkan mengenai impak-
                        impak terhadap kelompok yang dinyatakan agar di akhirnya kita dapat memahami
                        apakah solusi terbaik bagi mengekang permasalahan yang dihadapi oleh setiap pihak.
                        Ia juga bagi menemukan suatu jalan keluar supaya penghidap tidak terus memendam
                        rasa dan orang sekeliling dapat menerima dengan terbuka tentang wujudnya penyakit
                        anxiety dan depresi yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Kajian ini menggunakan
                        kaedah kualitatif yang mana pengkaji akan menjalankan temu bual berstruktur separa
                        bagi memahami makna yang diberikan oleh responden terhadap isu ini.

                        Kata kunci: Kecelaruan keresahan, anxiety, depresi, depression, impak, penghidap,
                        rumahtangga, anak-anak, masyarakat













                                                                                                       15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22