Page 21 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 21

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                           TINJAUAN TERHADAP TAHAP KESEDARAN PELAJAR-PELAJAR
                           SEKOLAH MENENGAH BERKAITAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA


                                       Wan Mazlina Wan Mehammud, Kamisah Osman

                                       (wanmazlina96@gmail.com, kamisah@ukm.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Matlamat ke-13 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh UNESCO (2016)
                        merujuk kepada matlamat untuk melaksanakan tindakan iklim (climate action) yang
                        bertujuan  untuk  menjalankan  usaha-usaha  bagi  mengatasi  impak  perubahan  iklim
                        dunia  di  mana  setiap  individu  seharusnya  peka  akan  isu  tersebut.  Walau
                        bagaimanapun,  sehingga  kini,  subjek  Pendidikan  Alam  Sekitar  masih  belum
                        diperkenalkan secara khusus di dalam sistem pendidikan negara. Justeru, kajian ini
                        dijalankan  bertujuan  untuk  meninjau  tahap  kesedaran  pelajar-pelajar  sekolah
                        khususnya  pelajar-pelajar  Tingkatan  5,4  dan  3  berkaitan  perubahan  iklim  dunia
                        berdasarkan  jantina  dan  peringkat  umur.  Analisis  juga  dijalankan  untuk mengenal
                        pasti  hubungan  antara  tahap  pengetahuan  dan  tahap  kesedaran  pelajar  berkaitan
                        perubahan iklim dunia. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar
                        sekolah berkaitan perubahan iklim dunia berada pada tahap yang tinggi serta tidak
                        terdapat  perbezaan  yang  signifikan  tahap  kesedaran  pelajar  sekolah  berkaitan
                        perubahan iklim dunia berdasarkan jantina. Namun begitu, terdapat perbezaan yang
                        signifikan  tahap  kesedaran  pelajar  sekolah  berkaitan  perubahan  iklim  dunia
                        berdasarkan peringkat umur. Inisiatif-inisiatif untuk memupuk tindakan multiplikatif
                        berkaitan perubahan iklim dunia juga seharusnya dilaksanakan dari semasa ke semasa
                        disebabkan oleh nilai min bagi konstruk item tersebut berada pada tahap sederhana.
                        Seterusnya, terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap pengetahuan pelajar dan
                        tahap  kesedaran  pelajar  berkaitan  isu  perubahan  iklim  dunia.  Hasil  kajian  dilihat
                        mampu untuk memberikan justifikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
                        bagi meneliti semula kepentingan dalam memperkenalkan subjek Pendidikan Alam
                        Sekitar dalam sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

                        Kata kunci: perubahan iklim dunia, tahap kesedaran, tahap pengetahuan, tindakan
                        multiplikatif, Pendidikan Alam Sekitar








                                                                                                       19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26