Page 20 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 20

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          MEREKABENTUK MESIN PENGUPAS KULIT ARI KACANG TANAH
                                    BAGI PENGHASILAN PRODUK KACANG POTONG


                                    Muffili Mahadi, Mohd Zahri Jaafar, Azahar Mohd Nor

                           ( muffili@polimas.edu.my, zahri@ptss.edu.my, azaharmnoor@polimas.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Mesin pengupas kulit ari kacang tanah, adalah penyelesaian masalah yang dihadapi
                        oleh  Noors  Cookies  Enterprise.  Kaedah  pengupasan  kulit  ari  kacang  tanah  yang
                        dipraktikkan secara manual oleh pihak syarikat sebelum ini mengambil masa 8 jam
                        bagi  50  kg  kacang  tanah.  Masalah  ini  menyebabkan  proses  berikutnya  tertangguh
                        sehingga tempoh 1 hingga 2 hari. Selain itu, pengoperasian secara manual bagi proses
                        mengupas  kulit  kacang  memerlukan  4  tenaga  kerja  dengan  banyak  masalah
                        terutamanya dari segi faktor kelesuan. Hasil daripada inovasi mesin pengupas kulit ari
                        kacang tanah ini, pihak syarikat  akan dapat meminimumkan penggunaan tenaga kerja
                        dari 4 orang tenaga kerja kepada seorang penyelia, Dalam masa yang sama, amalan
                        baik pemprosesan makanan dapat ditingkatkan dengan pengurangan interaksi pekerja
                        dengan  produk  makanan  dan  kadar  pengeluaran  dapat  ditingkatkan  hasil  daripada
                        keberkesanan dan kecekapan mesin dalam mengupas kulit ari kacang tanah kepada
                        150 kg dalam masa 1 jam.

                        Kata kunci: Mesin Pengupas Kulit Ari kacang Tanah, Mesin Pengupas, Kulit Ari
                        Kacang Tanah


















                                                                                                       18
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25