Page 39 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 39

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                          KESEDIAAN DAN KEKANGAN PENGGUNAAN BIGBLUEBUTTON  DI
                           KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK METRO JOHOR  BAHRU


                        Azreen Nur Sarudin, Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan, Mohd Ghadafi Shari

                                  (azreennur.sarudin@pmjb.edu.my, ezry.rizaltan@pmjb.edu.my,
                                                   ghadafi.shari@pmjb.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Pandemik Novel Corona Virus atau dikenali sebagai COVID19 merupakan isu hangat
                        yang diperkatakan diseluruh dunia. Pandemik ini menyebabkan kebanyakkan sistem
                        pentadbiran  dan  pendidikan  beralih  dari  cara  manual kepada  cara  elektronik.  Di
                        Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
                        semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan tiga aplikasi iaitu Cisco
                        Webex,  Microsoft  Teams,  dan BigBlueButton.  BigBlueButton  digunakan  bersama
                        sistem Curriculum Information Document Online System  (CIDOS eLearning) yang
                        memudahkan para  pensyarah  dari  politeknik  didalam  PdP  semsa  PKP.  Pengkaji
                        ingin melihat   sejauhmanakah     kesediaan    dan    juga   kekangan     didalam
                        penggunaan aplikasi  BigBlueButton  didalam  PdP  pensyarah  PMJB.  Pengkaji
                        memilih untuk  melakukan  satu  kajian  tinjauan  berbentuk  kuantitatif  dimana
                        kaedah soal-selidik  digunakan  keatas  kakitangan  akademik  PMJB.  Data
                        yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan SPSS versi
                        21. Secara keseluruhannya, objaktif kajian telah dicapai. Diharap dengan kajian ini,
                        dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan didalam memastikan kelancaran PdP dan
                        menjadi rujukan kepada pengkaji akan datang.

                        Kata kunci: BigBlueButton, Pensyarah, PMJB















                                                                                                       37
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44