Page 38 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 38

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                                  FAKTOR TEKANAN KERJA DI KALANGAN PELAJAR
                           SEMASA MENJALANI PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA DI
                              INDUSTRI:  PELAJAR DIPLOMA LOGISTIK DAN RANTAIAN
                                     BEKALAN POLITEKNK METRO JOHOR BAHRU


                         Mohd Ezry Muhammad Rizal Tan, Mohd Ghadafi Shari, Azreen Nur Sarudin

                                     (ezry.rizaltan@pmjb.edu.my, ghadafi.shari@pmjb.edu.my,
                                                 azreennur.sarudin@pmjb.edu.my)


                                                            Abstrak

                        Pengkaji hendak melihat faktor-faktor tekanan kerja di kalangan pelajar yang sedang
                        menjalani Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di  industri khususnya dikalangan
                        pelajar  yang  mengambil  Diploma  Logistik  dan  Rantaian  Bekalan  di  Politeknik
                        METrO Johor Bahru. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja
                        rumah  dan  kerja,  struktur  dan  iklim  organisasi,  peranan  pengurusan,  kerjaya  dan
                        pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan yang telah
                        diadaptasi  daripada kajian  Haryati  (2013).  Alat  kajian  yang  digunakan  ialah
                        Occupational  Stress Indicator  (OSI)  oleh  Cooper,  C.L,  Sloan,  D  &  William,  S.P
                        (1988).  Seramai 60  orang  pelajar  telah  dipilih  sebagai  responden  bagi  mewakili
                        populasi.  Data  yang  diperolehi  dianalisis  menggunakan  statistik  deskriptif  (min,
                        kekerapan dan peratus) menggunakan SPSS versi 21. Diharap kajian yang dijalankan
                        dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti Politeknik METrO Johor Bahru
                        amnya  dan  pihak  industri  khususnya  didalam  merangka  penyelasaian sesuai  bagi
                        mengurangkan kesan tekanan kerja dikalangan pelajar yang menjalani PBK. Secara
                        keseluruhan, objektif kajian telah tercapai.

                        Kata kunci: PBK, Tekanan Kerja, Pelajar














                                                                                                       36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43