Page 41 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 41
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU SEKOLAH RENDAH
Mohammad Amin Abidin, Mua’azam Mohamad
(mohammadaminabidin@gmail.com)
Abstrak
Kepimpinan guru berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan ke arah
kecemerlangan dan peningkatan prestasi sekolah dalam akademik. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan transformasi guru dan
perbezaan berdasarkan aspek demografi dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian
berbentuk tinjauan keratan rentas kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
bagi pengumpulan data. Instrumen yang digunakan ialah ‘Leadership Practices
Inventory’. Sejumlah 200 orang guru sekolah rendah di Daerah Seberang Perai Utara
terlibat sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan
kepimpinan transformasi guru sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi secara
keseluruhan serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan transformasi
guru berdasarkan aspek lokasi sekolah. Justeru, bagi memastikan kecemerlangan
sekolah dapat dtingkatkan, maka guru sekolah perlu mengamalkan kepimpinan
transformasi.
Kata kunci: Kepimpinan transformasi guru, Sekolah rendah, Kecemerlangan
sekolah
39

