Page 40 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 40

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                             MOTIVASI KEPIMPINAN GURU SEKOLAH: SUATU TINJAUAN
                               KERATAN RENTAS BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI


                                 Mua’azam Mohamad, Zuhirani Saad, Muhamad Dzahir Kasa

                                                 (ibnu.mohamad19@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan hasrat
                        membangunkan  kepimpinan  guru  yang  berprestasi  tinggi  pada  peringkat  institusi
                        pendidikan  ke  arah  merealisasikan  keberhasilan  murid.   Walau  bagaimanapun
                        peningkatan beban tugas guru  boleh mengakibatkan guru-guru bermotivasi rendah
                        dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah.  Kajian ini meneliti aspek
                        motivasi  untuk  memimpin  dalam  kalangan  guru  sekolah  menggunakan  kaedah
                        tinjauan secara keratan rentas dalam proses pengumpulan data kajian.  Sejumlah 456
                        orang responden di rantau utara Semenanjung Malaysia terlibat dalam kajian ini yang
                        dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Hasil kajian menunjukkan
                        bahawa  motivasi  kepimpinan  guru  sekolah  berada  pada  tahap  sederhana  secara
                        keseluruhan.  Perbandingan  berdasarkan  kategori  sekolah  mendapati  motivasi
                        kepimpinan guru sekolah rendah didapati lebih tinggi daripada motivasi kepimpinan
                        guru  sekolah  menengah.  Walau  bagaimanapun  tidak  terdapat  perbezaan  yang
                        signifikan  secara  statistik  tahap  motivasi  kepimpinan  dalam  kalangan  guru
                        berdasarkan  aspek  kategori  sekolah.   Sebaliknya  wujud  perbezaan  yang  signifikan
                        pada  dimensi  pemboleh  ubah  kajian.  Justeru  dicadangkan  agar  aspek  motivasi
                        kepimpinan  guru  harus  diberi  perhatian  sewajarnya  oleh  pemegang  taruh  pada
                        peringkat pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan pada masa hadapan bagi
                        meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi kepimpinan guru sekolah.

                                Kata  kunci:  Motivasi  kepimpinan,  kepimpinan  guru  sekolah,  profesionalisme
                        keguruan












                                                                                                       38
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45