Page 10 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 10
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) DALAM KALANGAN GURU TASAWWUR ISLAM DI SEKOLAH
MENENGAH
Ismail Jaafar, Khadijah Abdul Razak
(ismailjaafar.ukm@gmail.com, khadijah.razak@ukm.edu.my)
Abstrak
Keperluan kepada strategi pengajaran berasaskan KBAT yang berkesan mampu
menjadi pemangkin dalam melahirkan insan seimbang yang berfikiran kitis, kreatif
dan juga inovatif sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi yang digunakan oleh guru Tasawwur
Islam untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran Tasawwur Islam. Maklumat
diperoleh melalui temu bual separa struktur, pemerhatian pengajaran dan analisis
dokumen ke atas empat orang guru Tasawwur Islam berpengalaman. Data dianalisis
menggunakan perisian Nvivo 12. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat
strategi utama iaitu perancangan pengajaran, pembelajaran berpusatkan murid, aktiviti
menggalakkan murid berrfikir dan penggunaan bahan bantu mengajar. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah fokus utama yang
dibincangkan dalam artikel ini. Kajian ini semestinya memberi impak positif dan
bermanfaat kepada guru Tasawwur Islam khususnya dalam mempelbagaikan strategi
pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam kalangan
murid.
Kata kunci: Guru Tasawwur Islam, Tasawwur Islam, Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi, Strategi Penerapan.
8

