Page 97 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 97

INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
                        “Visioning the Future of Education”


                             PERUBAHAN DAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM
                        KURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA: RANCANGAN
                                                   PENGAJARAN HARIAN


                                                         Wong Shuh Pin

                                                   (wongshuhpin@gmail.com)


                                                            Abstrak

                        Artikel ini mengkaji tentang perubahan dan pengintegrasian teknologi dalam aspek
                        Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH).  Hubungan  antara  perubahan  dan
                        pengintegrasian  teknologi  serta  Rancangan  Pengajaran  Harian  adalah  antara  dua
                        pemboleh  ubah  kajian.  Menurut  “Technology  and  Education  Change:  Focus  on
                        Student  Learning”  oleh  Barbara  Means  (2010),  kajian  yang  dijalankan  adalah
                        mengkaji amalan pelaksanaan teknologi yang berkaitan dengan keberhasilan belajar
                        murid melalui perisian bacaan atau Matematik. Menurut “Leadership Development: A
                        Lever for System-Wide Education Change” oleh Suraiya R Naicker dan Raj Mestry
                        (2016)  menerangkan  keperluan  perubahan  pendidikan  melalui  pembangunan
                        kepimpinan yang melibatkan pengetua sekolah dan pegawai daerah di Afrika Selatan.
                        Reka  bentuk  kajian  ini  adalah  berdasarkan  kajian  literatur.  Implikasi  kajian
                        menunjukkan perubahan atas pengintegrasian yang dilaksanakan meningkatkan mutu
                        dan  prestasi  hasil  penilaian  dalam  RPH.  Kesimpulannya,  perubahan  dan
                        pengintegrasian  teknologi  dalam  RPH  di  peringkat  sekolah  amat  penting  dalam
                        meningkatkan kualiti perancangan dan hasil penilaian SKPMg4 yang dijalankan bagi
                        mencapai Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

                        Kata  kunci:  perubahan  dan  pengintegrasian  teknologi,  rancangan  pengajaran
                        harian, kualiti perancangan, penilaian SKPMg4














                                                                                                       95
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102