Page 96 - ICGE VII - ABSTRACT BOOK
P. 96
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN
TAHAP KOMITMEN GURU TERHADAP ORGANISASI
Noorazizah Muhamad, Aida Hanim A. Hamid
(imannaufal4414@gmail.com)
Abstrak
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan gaya kepemimpinan
yang diamalkan oleh pengetua mengikut gred sekolah berdasarkan persepsi guru. Selain
itu, kajian ini juga cuba untuk meninjau hubungan antara tahap komitmen guru terhadap
organisasi dengan gaya kepemimpinan pengetua. Guru telah dipilih secara rawak iaitu
seramai 70 orang dari daerah Kuala Langat. Leadership Behavior Descriptive
Questionnaire (LBDQ) telah digunakan untuk mengukur dua dimensi gaya kepemimpinan
pengetua iaitu dimensi mencetuskan struktur dan dimensi pertimbangan. Manakala alat
ukur Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) pula digunakan untuk mengukur
tahap komitmen guru terhadap organisasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap komitmen guru terhadap organisasi dengan
gaya kepemimpinan pengetua daripada persepsi guru. Didapati juga bahawa hanya gaya
kepimpinan pengetua yang berdimensikan pertimbangan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan tahap komitmen guru tetapi bersifat negatif dan lemah.
Kata kunci: Gaya Kepimpinan, pengetua, Tahap Komitmen, Organisasi.
94

