Page 155 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 155
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Tepung gandum • Bahan asas untuk pastri karipap.
• Memberi rasa pada pastri karipap.
Garam • Mengurangkan rasa berminyak pada pastri karipap.
• Menggalakkan pemerangan.
• Bahan asas untuk pastri karipap.
Marjerin
• Memberikan kelembutan pada doh pastri karipap.
Minyak masak • Memberikan kelembutan pada doh pastri karipap.
Air • Mencampurkan bahan untuk membentuk pastri karipap.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah.
Sudu Alat untuk menyukat dan mengacau.
Pengayak Mengayak tepung.
Jag penyukat Menyukat air mengikut sukatan yang betul.
Sudip Alat untuk menggoreng karipap.
Kuali Alat menggoreng karipap.
Kain maslin Menutup doh pastri untuk merehatkannya.
Mesin pengadun (Mixer) Mengadun pastri karipap.
Mesin peleper Meleper doh pastri karipap.
Sudip pengetus Mengetus minyak.
Acuan karipap Membentuk karipap supaya sama saiz dan bentuk.
Penimbang digital Menimbang bahan mentah dan doh pastri karipap.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkusan Fungsi
Bekas plastik Low-Density Polyethylene (LPDE) Membungkus karipap yang telah siap.
149

