Page 161 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 161
3.8 MEMPROSES PAU
Pengenalan
Pau dihasilkan daripada campuran tepung, yis segera, air, lemak, gula Info
dan serbuk penaik. Bahan-bahan ini diuli dan dibentuk menjadi bulat.
Kuih tradisional ini mempunyai inti di dalam, sama ada jenis manis Alatan memasak yang
atau savouri (pedas atau berperisa).Intinya boleh dibuat daripada isi digunakan untuk mengukus
ayam, daging, ikan sardin, sayur-sayuran dan sebagainya mengikut adalah seperti pengukus
cita rasa dan kreativiti sendiri. Teknik yang biasa digunakan untuk yang diperbuat daripada
memasak pau ialah dengan kaedah mengukus. Selain menggunakan buluh, elektrik atau besi
teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh tahan karat. Kuali dijadikan
digunakan. dasar atau tempat letak air
Bagi mendapatkan tekstur pau yang halus, gebu dan putih, untuk membolehkan proses
penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana pengewapan air berlaku untuk
komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 – 14.0%), protein pengukus jenis buluh.
(9.5 – 10.5%) dan kandungan abu (0.50 – 0.60%).
Alatan memasak yang digunakan untuk mengukus seperti
pengukus elektrik, pengukus besi tahan karat atau pengukus jenis
buluh. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan. Lapik dasar
pau dengan menggunakan daun pisang atau kertas minyak yang
dipotong bulat atau segi empat untuk mengelakkan pau melekat pada
pengukus. Masa mengukus yang sesuai adalah lebih kurang di antara
10 – 12 minit.
155

