Page 202 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 202

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


            Bahan

                      Bahan Mentah                                        Fungsi

            Cili kering                       Memberikan rasa pedas.
                                              Bahan perasa sos cili, pengawet semula jadi dan menambahkan kelikatan
            Gula pasir
                                              sos.
            Garam                             Bahan perasa sos cili dan pengawet semula jadi.
            Kanji jagung terubah suai         Bahan pemekat sos cili.
            (Modified Corn Starch-MCS)
            Bawang putih                      Meningkatkan rasa sos cili.

            Gam makanan                       Pemekat dan penstabil sos cili.
            (Carboxymethyl Cellulose-CMC)

            Natrium benzoat                   Bahan pengawet yang boleh mengelakkan pertumbuhan kulat.

            Cuka / Asid asetik (10%)          Membantu pengawetan.
            Air                               Pelarut bahan mentah.



           Alatan

                        Peralatan                                         Fungsi

            Mangkuk                           Mengisi bahan mentah.
            Sudu                              Alat untuk menyukat dan mengacau.

            Penapis                           Mengetus cili kering.
            Gunting                           Membuang biji dan memotong tangkai cili kering.

            Senduk                            Mengacau sos cili yang sedang dimasak.
            Refraktometer                     Mengukur kepekatan pepejal terlarut atau mengukur   Brix.
                                                                                           o
            Periuk                            Merebus cili kering dan memasak sos cili.
            Jag penyukat                      Menyukat air dengan tepat.

            Penimbang digital                 Menimbang bahan mentah.

            Mesin pengisar (Blender)          Mengisar cili kering dan bawang putih.
            Hot air gun                       Melekatkan shrinked cap neck seal pada penutup botol sos cili.
            Shrinked cap neck seal            Mengetatkan penutup botol.

            Bahan dan alatan pembersihan      Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.

            Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
            (Personal Protective Equipment-PPE)



           Bahan Pembungkus

                       Bahan Pembungkus                                      Fungsi

            Botol kaca berpenutup logam              Membungkus sos cili yang telah siap.


             196
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207