Page 69 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 69

6.5.2   Proses Pelaksanaan PBD Berasaskan Projek

                                            a.  Mesyuarat     Jawatankuasa     Kurikulum    bersama-sama
                                                Pentadbir  Sekolah  (Pengetua/Guru  Besar  dan  Penolong
                                                Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran)

                                                Perbincangan berkenaan pelaksanaan kerja projek sebagai
                                                penentuan  Tahap  Penguasaan  PBD  pada  pelaporan  profil
                                                murid. Perbincangan melibatkan:

                                                -  Pelantikan Setiausaha PBD
                                                -  Penentuan Model Projek
                                                -  Tempoh Masa (Time line)
                                                -  Kos (Pembiayaan daripada siapa)
                                                -  Penentuan Guru Penyelia
                                                -  Penyelarasan – agihan tugas guru

                                            b.  Perbincangan  antara  Setiausaha  PBD  dengan  Guru  Kanan
                                                Mata Pelajaran dan Ketua Panitia

                                                Perbincangan  berkenaan  cadangan  pelaksanaan  projek
                                                seperti
                                                -  Menentukan tema projek
                                                -  Kesesuaian projek dengan murid
                                                -  Kebolehlaksanaan projek
                                                -  Tempoh masa pelaksanaan projek
                                                -  Jadual Perancangan

                                                (*Pihak sekolah boleh melibatkan semua guru sebagai Guru
                                                Penyelia Projek)

                                            c.  Perbincangan  antara  Ketua  Panitia  dengan  Guru  Penyelia
                                                Projek PBD

                                                Perbincangan adalah berkenaan:
                                                -  penentuan kumpulan murid di bawah guru penyelia
                                                -  penyeliaan dan bimbingan murid sehingga tamat proses
                                                -  pentaksiran proses dan hasil kerja projek
                                                -  kaedah  penetapan  dan  perekodan  Tahap  Penguasaan
                                                   setiap murid







                                                            57
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74