Page 73 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 73

6.7          Jangka Masa untuk Menyempurnakan Projek
                                       Tempoh masa pelaksanaan projek adalah sepanjang tahun.
                                       Perbincangan bersama-sama guru, pemilihan tajuk projek, bentuk
                                         kumpulan boleh dijalankan pada awal tahun.

                       6.8          Etika dalam Melaksanakan Projek
                                         Murid  harus  memilih  tajuk  yang  sesuai  dan  mengambil  kira
                                          sensitiviti sekolah dan komuniti setempat.
                                         Guru  harus  memastikan  bahawa  produk  murid  tersebut  adalah
                                          hasil kerja murid sendiri.
                                         Murid  harus  menyatakan  sumber  rujukan  semasa  mendapatkan
                                          maklumat daripada buku, majalah atau internet.

                        6.9         Rubrik Pentaksiran Berasaskan Projek

                      Rubrik merupakan alat penilaian subjektif yang digunakan untuk menilai prestasi dan
                      tahap peningkatan seseorang murid. Rubrik menggambarkan kriteria yang konsisten
                      dan membolehkan tahap penguasaan murid dinilai dengan lebih spesifik dan tepat dari
                      pelbagai  dimensi.  Rubrik  boleh  digunakan  dalam  pembelajaran,  contohnya  murid
                      boleh menilai prestasi mereka pada projek, esei dan tugasan.

                       Rubrik  Pentaksiran  Berasaskan  Projek  merupakan  satu  set  pemarkahan  atau  tahap
                       penguasaan untuk mentaksir hasil kerja dan tugasan murid. Rubrik tersebut terdiri
                       daripada enam dimensi iaitu:
                             Mengumpul Maklumat
                             Merancang
                             Mengaplikasi
                             Membuat Refleksi
                             Berkomunikasi
                             Etika dan Kerohanian

                            Setelah guru mentaksir murid berdasarkan enam dimensi ini, guru akan menetapkan
                      tahap penguasaan keseluruhan berdasarkan pertimbangan profesional guru.

                      Jadual  6.1  hingga  Jadual  6.6  memaparkan  enam  dimensi  Rubrik  Pentaksiran
                      Berasaskan Projek dan  Jadual 6.7 memaparkan Tahap Penguasaan Keseluruhan Bagi
                      Projek.












                                                            61
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78