Page 71 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 71

diadakan.  Guru  mentaksir  murid    berdasarkan  rubrik
                                                pentaksiran  di  bawah  dimensi  ‘mengumpul  maklumat’,
                                                ‘merancang’,     ‘mengaplikasi’,    ‘membuat      refleksi’,
                                                ‘berkomunikasi’  serta  ‘etika  dan  kerohanian’.  Guru  perlu
                                                merekod  perkembangan  penguasaan  murid  menggunakan
                                                templat perekodan yang disediakan.


                                            i.  Pelaporan dan Showcase (Persembahan) Kerja Projek PBD

                                                Pelaporan  secara  bertulis  (dokumentasi)  adalah  perlu
                                                disediakan.  Murid  perlu  membuat  persembahan  kerja
                                                projek  yang  berkaitan.  Semasa  persembahan  kerja  projek
                                                murid, guru boleh mentaksir murid  berdasarkan komponen
                                                rubrik  pentaksiran  seperti  dimensi  ‘membuat  refleksi’,
                                                ‘berkomunikasi’  serta  ‘etika  dan  kerohanian’.  Guru  boleh
                                                menyediakan senarai semak berdasarkan rubrik pentaksiran
                                                untuk    mentaksir     murid    semasa     pembentangan
                                                projek/produk.

                                                Tempoh  masa  bagi  murid  menyiapkan  laporan  dan
                                                persediaan untuk showcase/persembahan boleh ditentukan
                                                oleh sekolah. Salah satu cadangan untuk murid Tahun 6 dan
                                                Tingkatan  3,  persembahan  boleh  dijalankan  selepas
                                                peperiksaan UPSR/PT3.


                       6.6          Peranan Pentadbir/Setiausaha PBD/Guru Penyelia/Murid

                                    a.   Peranan Pentadbir
                                           Mengadakan mesyuarat pelaksanaan PBD Berasaskan Projek
                                           Memaklumkan  murid  dan  ibu  bapa/penjaga  tentang  PBD
                                            Berasaskan Projek

                                    b.   Peranan Setiausaha PBD
                                           Mengadakan perbincangan bersama-sama Ketua Panitia
                                           Mengadakan  perbincangan  bersama-sama  Guru  Penyelia  PBD

                                            Berasaskan Projek
                                           Menyelaras  pembahagian  murid  kepada  Guru  Penyelia  PBD
                                            Berasaskan Projek
                                           Mengurus perekodan profil murid untuk tujuan pelaporan

                                    c.     Peranan Guru Penyelia PBD Berasaskan Projek
                                             Mengadakan perjumpaan dengan murid di bawah seliaan
                                            Mengadakan perbincangan  berkaitan  tajuk  projek  yang  akan
                                             dilaksanakan oleh murid
                                            Mengenal  pasti  sumber  (kos,  tenaga  manusia)  bagi
                                             pelaksanaan projek (Contoh: bahan kayu)


                                                            59
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76