Page 70 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 70

d.  Makluman kepada murid dan ibu bapa/penjaga yang terlibat

                                                Pengetua/Guru Besar memaklumkan kepada semua murid
                                                dan ibu bapa/penjaga yang terlibat dalam pelaksanaan PBD
                                                berasaskan projek. Makluman ini boleh disampaikan melalui
                                                surat-menyurat atau taklimat.


                                            e.  Perjumpaan Guru Penyelia PBD Projek dengan Murid

                                                Perjumpaan berkaitan:
                                                -  pembentukan kumpulan kerja projek.
                                                -  cadangan tajuk projek yang dipilih.
                                                -  bimbingan dan pemantauan perkembangan kerja projek
                                                   murid  secara  berkala  (berperingkat)  bagi  memastikan
                                                   murid mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

                                            f.  Murid memulakan kerja projek

                                                Murid membuat perbincangan dan perancangan kerja dalam
                                                kalangan ahli kumpulan/secara individu untuk menentukan:
                                                -  Tajuk Projek
                                                -  Tujuan Projek (Matlamat dan Objektif)
                                                -     Perancangan dan Agihan Tugasan
                                                -     Kos/sumber
                                                -     Dokumentasi
                                                -   Cara persembahan (Presentation)

                                            g.  Penyeliaan dan Bimbingan Guru Penyelia Projek PBD dengan
                                                Murid

                                                Murid memulakan kerja projek mengikut tempoh masa yang
                                                ditetapkan.  Murid  sentiasa  berhubung  secara  berkala
                                                dengan  guru penyelia  sepanjang  pelaksanaan  kerja projek
                                                mereka,  bermula  dari  pemilihan  tajuk,  persediaan,  agihan
                                                tugas  dan  perancangan  sepanjang  pelaksanaan  projek
                                                mereka.  Penambahbaikan boleh  dilakukan dari  semasa  ke
                                                semasa jika perlu.

                                            h.  Pentaksiran Kerja Projek

                                                Pentaksiran    PBD    Berasaskan    Kerja   Projek    akan
                                                menggunakan  satu  rubrik  pentaksiran  yang  telah
                                                diselaraskan  oleh  semua  guru  penyelia  yang  terlibat.
                                                Pentaksiran  berlaku  sepanjang  tempoh  pelaksanaan
                                                berdasarkan setiap sesi pertemuan dan perbincangan yang



                                                            58
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75