Page 148 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 148
Formulasi
Formulasi ini menghasilkan lebih kurang 65 bar coklat acuan.
3.6.1 Menyenaraikan bahan Bahan
mentah dan alatan
memproses coklat acuan. 250 g couverture susu
3.6.2 Mengenal pasti alatan dan 25 g bertih beras
fungsi.
3.6.3 Menyediakan bahan mentah Alatan
dengan sukatan yang tepat.
Mangkuk Sudu Scrapper Penimbang digital Pelepa coklat
Acuan coklat Periuk double boil Chocolate cavity tray
Termometer Peti sejuk (Chiller) / Inkubator Kepingan marmar
(Marble slab) Cawan kertas Bekas PVC Bahan dan alatan
pembersihan Perlengkapan Perlindungan Peribadi (Personal
Protective Equipment-PPE)
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Couverture susu Bahan utama dalam pemprosesan coklat acuan.
Bertih beras / emping jagung / Penambah rasa dalam pemprosesan coklat acuan.
kacang tanah
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk • Mengisi bahan mentah.
Sudu • Alat untuk menyukat dan mengacau.
Penimbang digital • Menimbang bahan mentah.
Pelepa coklat • Menggaulkan courverture susu cair semasa proses double boiling.
Acuan coklat • Membentuk coklat acuan.
Periuk double boil • Mencairkan couverture susu dengan kaedah double boiling.
• Menyepuh coklat.
Scrapper
• Meratakan coklat di atas permukaan acuan.
Kepingan marmar (Marble slab) • Alas untuk menyepuh coklat yang telah dicairkan.
Chocolate cavity tray • Mengisi coklat.
Termometer • Menyukat suhu.
Peti sejuk (Chiller) / Inkubator • Mengeraskan coklat yang telah diisi ke dalam acuan dengan cepat.
Bahan dan alatan pembersihan • Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi • Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkusan Fungsi
Cawan kertas Alas coklat acuan yang telah keras.
Bekas PVC / Chocolate cavity tray Membungkus coklat salutan yang telah siap.
142

