Page 323 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 323

2
            Penyimpanan Kering

            Tempat  penyimpanan  kebiasaannya ialah  bilik,  stor  atau  gudang.    KBAT
            Makanan yang disimpan menggunakan kaedah ini ialah makanan
            dalam tin, plastik pembungkusan, kadbod, botol dan makanan kering.         Mengapakah makanan
            Suhu yang digunakan adalah antara 18°C hingga 38°C. Pada suhu ini,         di dalam tin diletakkan
            stor terhindar daripada gangguan hama dan serangga.                        tarikh luput?
                  Berikut merupakan cara mengendalikan kaedah
             penyimpanan kering:
             (a)  Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering
                dan berangin:

             (b)  Menyimpan  produk  makanan  kering  seperti  tepung,  gula,
                beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat
                untuk menghalang pencemaran.                                          Info

             (c)  Simpan produk makanan dalam tin di tempat yang sejuk.
                                                                                  UHT merupakan singkatan
             (d)  Simpan produk susu yang telah dinyahkuman atau UHT              Ultra-high Temperature
                di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah         iaitu produk makanan yang
                dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.                          disterilkan pada suhu yang

             (e)  Simpan produk roti pada suhu bilik di dalam bekas yang          tinggi iaitu 135°C.
                bersih, kering dan berangin.
             (f)  Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk,
                kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama
                dengan yang baharu.

             (g)  Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi
                mengelakkan dicemari.

                                                                   Makanan atau minuman
                                                                   berasid (tomato puri,
                                                                   buah-buahan dan jus)
                                                                   •  Tempat kering
                                                                   •  18 bulan


                                      Makanan dan minuman di
                                      dalam tin atau botol
                                      •  10°C hingga 15°C
                                      •  Dua hingga tiga tahun
                                      •  Ikut tarikh luput pada label







                  Makanan atau minuman di dalam
             tin atau botol boleh juga rosak dalam
             beberapa keadaan. Contohnya, tin kemik,
             penutup terbuka, karton mengembung
             dan sebagainya.



                                                          Tin makanan kemik           Kotak rosak dan kemik

                                                        Foto 6.9  Produk makanan dan minuman yang rosak



                                                                                                         317
   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328