Page 325 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 325

Jangka Hayat Produk Berdasarkan Kaedah
            Penyimpanan
                                                                                6.2.4  Membandingkan jangka
            Jangka hayat produk berbeza-beza bergantung kepada jenis produk           hayat produk berdasarkan
            dan cara penyimpanannya. Jangka hayat sesuatu produk boleh                kaedah penyimpanan.
            dibandingkan dengan beberapa aspek perbandingan seperti berikut.
             1. Suhu Penyimpanan
               Suhu penyimpanan ialah aspek terpenting dalam menentukan keselamatan, ketekalan rupa dan rasa
               produk. Perbandingan suhu penyimpanan sejuk berbanding sejuk beku membawa kesan yang berbeza
               kepada beberapa jenis produk makanan seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

                                                Jadual 6.4 Suhu penyimpanan
                                                                 Tempoh simpanan pada Suhu
                           Makanan
                                                            Sejuk                        Sejuk beku
                Telur                                     3-5 minggu                   Tidak digalakkan
                Ayam segar                                  2 hari                         6 bulan
                Daging segar                               3-5 hari                       8-12 bulan
                Daging hancur                              1-2 hari                       3-4 bulan
                Ikan isi putih                             1-2 hari                       6-8 bulan
                Ikan berlemak                              1-2 hari                       2-3 bulan
                Udang dan sotong                           1-2 hari                       3-8 bulan
                Keju                                       2 minggu                       1 minggu
                Yogurt                                     2 minggu                        2 bulan
                Susu                                       1 minggu                        3 bulan
                Mentega                                    3 bulan                         6 bulan
                Sosej                                      1-2 hari                       1-2 bulan



             2. Penyimpanan Vakum
               Makanan yang disimpan dalam keadaan vakum (ruang yang tidak berisi sebarang jisim) adalah lebih
               panjang jangka hayatnya berbanding cara penyimpanan biasa.  Mikroorganisma kurang aktif dalam
               keadaan vakum. Selain berupaya mengekalkan kesegaran dan keselamatan makanan, pembungkusan
               vakum juga berupaya mengekalkan rupa, warna, rasa dan tekstur makanan tersebut. Berikut merupakan
               perbandingan produk makanan yang disimpan dalam keadaan biasa berbanding vakum:



                                              Jadual 6.5 Penyimpanan hampagas
                                                               Cara        Tempoh Penyimpanan pada Keadaan
                               Makanan                    Penyimpanan           Biasa             Vakum

                Potongan daging lembu, kambing dan ayam     Sejuk beku          6 bulan          2-3 tahun
                Daging kisar: lembu, kambing dan ayam       Sejuk beku          4 bulan           1 tahun
                Ikan                                        Sejuk beku          6 bulan           2 tahun
                Biji kopi                                   Suhu bilik         4 minggu          16 bulan
                Biji kopi                                   Sejuk beku         6-9 bulan         2-3 tahun
                Buah beri                                     Sejuk             1-3 hari         2 minggu
                Keju                                          Sejuk           1-2 minggu         4-8 bulan
                Biskut                                      Suhu bilik        1-2 minggu        3-6 minggu
                Tepung, gula dan beras                      Suhu bilik          6 bulan          1-2 tahun
                Sayuran berdaun hijau                         Sejuk             3-6 hari         2 minggu
                Kekacang                                    Suhu bilik          6 bulan           2 tahun
                Minyak masak tanpa pengawet                 Suhu bilik         5-6 bulan        1 - 1½ tahun

                                                                                                         319
   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330