Page 65 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 65

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


             Bahan

                        Bahan Mentah                                        Fungsi
             Ikan air tawar / Ikan air masin     •  Bahan utama pemprosesan ikan pekasam.

                                                 •  Mengukuhkan struktur isi ikan agar lebih pejal dan tidak mudah hancur
             Garam kasar                           apabila digoreng.
                                                 •  Menghalang pembiakan mikroorganisma.

                                                 •  Sebagai sumber karbohidrat untuk proses fermentasi ikan pekasam.
                                                 •  Mengekalkan kelembapan pada ikan.
             Beras
                                                 •  Menambahkan keenakan ikan pekasam.
                                                 •  Memberi ciri tekstur pada ikan.

                                                 •  Mengekalkan rasa ikan.
             Asam keping
                                                 •  Mengelakkan ikan daripada menjadi busuk.


             Alatan

                          Peralatan                                         Fungsi

             Mangkuk                             Mengisi bahan mentah dan beras yang telah disangai serta dikisar.

             Sudu                                Alat untuk menyukat dan mengacau.

             Pisau                               Memotong dan membersihkan ikan.
             Papan pemotong                      Mengalas ikan semasa proses memotong.

             Penimbang digital                   Menimbang bahan mentah.

             Mesin Pengisar (Blender)            Mengisar beras.
             Pengetus                            Mengetus ikan yang telah dibersihkan.

             Sudip                               Menggaul beras semasa disangai.

             Kuali                               Menggoreng beras tanpa minyak atau sangai beras.
             Bahan dan alatan pembersihan        Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.

             Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
             (Personal Protective Equipment-PPE)


             Bahan Pembungkus

                     Bahan Pembungkus                                       Fungsi

             Bekas plastik berpenutup            Bekas untuk proses fermentasi ikan.

             Plastik Low-Density Polyethylene (LDPE)  Plastik untuk pembungkusan ikan pekasam.










                                                                                                         59
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70