Page 234 - BUKU TEKS SK T4
P. 234
2.2.3 Mereka Bentuk Pangkalan
Data Hubungan
Bagaimanakah suatu pangkalan data yang sesuai direka bentuk untuk
kegunaan sistem maklumat?
Pertimbangan dalam reka
bentuk pangkalan data
1 2 3
Reka bentuk mesti
Reka bentuk mestilah Reka bentuk hendaklah menggunakan model
mengandungi data yang memudahkan penyimpanan, yang sesuai, misalnya
lengkap dan diperlukan pencarian dan model pangkalan data
sahaja. pengemaskinian. hubungan yang popular.
Rajah 2.31 Pertimbangan dalam reka bentuk pangkalan data
Reka bentuk jadual hubungan perlu memenuhi pertimbangan seperti yang
disenaraikan di atas. Perkara ini dilakukan secara sistematik. Setelah
mengenal pasti entiti-entiti, atribut-atribut, hubungan antara entiti dan
kardinaliti melalui ERD, langkah yang seterusnya adalah menghasilkan
set hubungan. ERD bagi entiti Murid diberikan seperti dalam rajah yang
?
berikut.
Tahukah
Murid Anda
Entiti terdiri daripada tiga
jenis iaitu:
IDMurid Tingkatan Entiti teguh
Entiti ini wujud dengan
tidak bergantung pada
entiti yang lain.
Nama Jantina
Entiti lemah
Entiti ini bergantung pada
entiti sama jenis yang lain.
Rajah 2.32 ERD bagi entiti Murid
Entiti bersama
Set hubungan ialah set atribut dalam jadual hubungan. Set hubungan Entiti yang terjadi
disediakan semasa proses merancang dan mereka bentuk pangkalan bersama dengan satu atau
banyak jenis entiti yang
data yang menggambarkan entiti-entiti yang hendak disimpan, atribut lain.
yang diperlukan dan hubungan antara entiti tersebut. Set hubungan Sumber: ecomputernotes.
dihasilkan daripada ERD dan boleh dinyatakan dalam dua format, iaitu: com
BAB 2 PANGKALAN DATA 225

