Page 236 - BUKU TEKS SK T4
P. 236
Apakah peranan kedua-dua teknik dalam reka bentuk pangkalan data?
Antara ERD dan set hubungan, yang manakah lebih mudah disunting? ?
Tahukah
ERD sesuai digunakan untuk melakar entiti, atribut dan hubungan. Set Anda
hubungan lebih sesuai digunakan untuk analisis yang melibatkan struktur Hubungan menunjukkan
entiti yang disunting berulang kali. kaitan antara entiti.
Hubungan menyediakan
maklumat yang berguna
untuk menjelaskan jenis
sesuatu entiti.
Aktiviti Individu Hubungan yang lemah
37 Menukar ERD kepada Set Hubungan menunjukkan kaitan yang
lemah antara sesuatu
SMK Pahlawan telah mengadakan satu pertandingan “Mereka cipta entiti.
Replika Robot” di peringkat sekolah. Terdapat 50 penyertaan daripada
murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5. Setiap murid perlu mengisi borang
penyertaan yang mempunyai maklumat seperti nama, nombor kad
pengenalan, umur, jantina, tingkatan dan kelas.
Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki menghasilkan ERD.
Kemudian, tukar ERD kepada bentuk set hubungan.
2.2.4 Kebergantungan fungsi
sepenuh, separa dan transitif
Setiap atribut dalam jadual bergantung kepada atribut kunci primer.
Sebagai contoh, dalam jadual murid, atribut-atribut seperti Nama,
Jantina dan Tingkatan bergantung kepada atribut kunci primer, IDMurid.
Menganalisis kebergantungan membolehkan sesebuah jadual dipecahkan
kepada beberapa jadual hubungan yang lebih kecil untuk mengurangkan
kelewahan data tanpa menjejaskan integriti rujukan. Proses ini disebut
penormalan dan memahami konsep kebergantungan amat penting untuk
proses ini. Jadual 2.8 menunjukkan jenis-jenis kebergantungan.
Jadual 2.8 Jenis-jenis kebergantungan
Jenis Kebergantungan Penerangan
Kebergantungan fungsi Berlaku apabila atribut-atribut bergantung sepenuhnya kepada kesemua atribut
sepenuh kunci dalam jadual.
Kebergantungan fungsi Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada salah satu daripada atribut kunci
separa dalam jadual.
Kebergantungan fungsi Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada atribut biasa yang lain dalam
transitif jadual.
BAB 2 PANGKALAN DATA 227

