Page 327 - BUKU TEKS SK T4
P. 327

5  Maklum balas (feedback)—Maklum balas boleh memberikan gambaran sebenar mengenai
                    reka bentuk interaksi dan maklumat mengenai hasil reka bentuk interaksi tersebut. Pereka bentuk
                    menggunakan maklum balas untuk melakukan penambahbaikan pada reka bentuk interaksi
                    yang telah dihasilkan. Sediakan maklum balas sekiranya pengguna memerlukannya. Maklum
                    balas yang diberikan sepatutnya bermakna. Kegagalan untuk memberikan maklum balas yang
                    dikehendaki, boleh menyebabkan proses pengulangan yang
                    tidak sepatutnya terhadap sebarang tindakan, kesalahan dan
                    ralat. Sebagai contoh, apabila pengguna menekan butang public
                    dalam program Facebook, program akan memberikan maklum
                    balas dengan memaparkan beberapa pilihan seperti di bawah.
                    Cuba bayangkan kalau pengguna menekan butang public tetapi
                    program tidak memaparkan apa-apa? Contoh maklum balas
                    yang lain seperti ‘loading’. Program menunjukkannya sedang
                    melaksanakan arahan yang diperlukan oleh pengguna.


















                   Kelima-lima prinsip ini bertindak bersama-sama dalam sesebuah sistem. Prinsip reka bentuk
               telah dipenuhi dengan jayanya apabila pengguna berupaya untuk terus memahami dan menggunakan
               antara muka dengan mudah, efisien dan selesa serta kandungan aplikasi dapat disampaikan
               dengan berkesan.





                                                                                          Kerja Individu
                                44    Prinsip Reka bentuk Interaksi


                   Arissa dan Hui Ling bercadang untuk melawat rakan mereka iaitu Amani di Kuching, Sarawak
                   sempena menyambut majlis hari jadi Amani. Mereka memilih untuk menaiki kapal terbang
                   Mas AirLine (MAS) untuk  pergi ke Kuching. Jadi, mereka membuka laman sesawang
                   www.masairline.com.my untuk menempah tiket secara atas talian.


                 Berdasarkan situasi di atas, kenal pasti ciri-ciri kebolehgunaan laman sesawang MAS dan bincangkan
                 lima prinsip reka bentuk interaksi






                        Sains Komputer Tingkatan 4
                318
   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332