Page 336 - BUKU TEKS SK T4
P. 336
1 Mengenal pasti Keperluan Interaksi
Keperluan produk perlu diberikan penekanan supaya dapat mencapai
matlamat produk yang dibina, dan dapat menyelesaikan masalah yang
telah dikenal pasti. Pereka bentuk perlu mengetahui pengguna yang
disasarkan untuk menggunakan produk yang akan dihasilkan dan Uji Minda
matlamat atau tujuan pengguna menggunakan produk tersebut. Pereka Cuba anda bina satu
bentuk juga perlu membuat pemerhatian kepada produk sedia ada dan permainan ringkas
mengkaji penyelesaian masalah yang sedia ada dalam produk yang menggunakan Java
lain. Dalam membangunkan sesuatu produk yang interaktif, keperluan, NetBeans. Sila lihat
aspirasi dan jangkaan pengguna perlu dibincangkan, dihalusi, dijelaskan contoh ini.
goo.gl/7cwcbj
dan mungkin perlu diskopkan semula.
Maklumat mengenai keperluan pengguna terhadap sesuatu produk
boleh dikenal pasti melalui beberapa kaedah. Antara kaedah yang
sering digunakan ialah melalui borang soal selidik, temu ramah, kajian
tindakan, maklum balas, tinjauan dan pemerhatian kumpulan sasaran,
borang tinjauan secara atas talian dan banyak lagi kaedah yang boleh ?
diguna pakai. Hasil tinjauan daripada mana-mana kaedah ini akan Tahukah
Anda
dianalisis untuk mengetahui keperluan daripada pengguna terhadap
apakah aktiviti interaksi yang diperlukan bagi produk yang akan Terdapat beberapa
dibangunkan. Jadual 3.2 menunjukkan contoh paparan dan kandungan masalah yang akan timbul
yang dicadangkan untuk borang tinjauan. apabila reka bentuk tidak
Jadual di bawah ialah contoh paparan dan kandungan yang dicadangkan diberikan perhatian iaitu,
(a) mengurangkan kadar
untuk borang tinjauan. Pengguna akan menjawab setiap soalan produktiviti pengguna
yang ditanya. (b) meningkatkan masa
untuk pengguna
Jadual 3.2 Contoh paparan dan kandungan yang dicadangkan untuk borang tinjauan mempelajari sesuatu
Maklumat Umum Analisis Keperluan Produk sistem
(c) meningkatkan kadar
Tajuk produk ralat
Kumpulan sasaran
Isu / masalah / keperluan yang
dikenal pasti (daripada pengguna)
Cadangan penyelesaian
Cadangan penyelesaian sedia ada
daripada produk yang lain
Maklumat Penetapan Keperluan Interaksi Pada Reka Bentuk
yang akan dibina
Aktiviti fungsi utama
Aktiviti fungsi yang dimasukkan
pada produk (senaraikan)
Nota: Maklum balas diperolehi daripada beberapa orang pengguna.
Daripada maklum balas itu, fungsi utama untuk program akan menjadi
kriteria yang utama dalam penetapan keperluan produk.
BAB 3 INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER 327

