Page 337 - BUKU TEKS SK T4
P. 337
? 2 Membangunkan Reka Bentuk Alternatif
Setelah memperoleh hasil dapatan daripada kaedah yang digunakan
Tahukah
Anda semasa mewujudkan keperluan, pereka bentuk perlu memikirkan
beberapa alternatif yang dirasakan sesuai digunakan untuk mengatasi
Kepentingan reka bentuk masalah yang dihadapi. Reka bentuk alternatif ialah cadangan beberapa
antara muka pengguna idea reka bentuk yang berbeza namun masih dapat menterjemahkan
ialah: dengan tepat akan keperluan yang telah dikenal pasti pada proses
• Memudahkan dan
melicinkan proses yang pertama.
pembelajaran untuk Bagaimanakah kita dapat menjana reka bentuk alternatif? Penjanaan
memahami aliran reka bentuk alternatif boleh datang daripada pemerhatian ke atas reka
navigasi program bentuk produk yang lain, reka bentuk yang sama, dan daripada proses
tersebut. inspirasi dan kreativiti hasil daripada pengalaman pereka sendiri.
• Gaya pengemudian
yang bebas. Sumber-sumber ini boleh menjadi sangat dekat dengan produk baharu
• Menyokong yang dimaksudkan, seperti produk pesaing, atau versi terdahulu sistem
kandungan dan mesej. yang serupa, atau sesuatu yang sama sekali berbeza.
Pada fasa ini, penggunaan papan cerita amat diperlukan untuk
memahami aliran kerja produk yang akan dibangunkan. Selain itu
juga, lakaran beberapa produk alternatif juga perlu dihasilkan dengan
tujuan pengguna dapat membuat pilihan yang terbaik. Fasa ini boleh
dibahagikan kepada dua sub komponen iaitu reka bentuk konsep dan
reka bentuk fizikal. Reka bentuk konsep melibatkan penghasilan model
konsep untuk produk serta menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh
MalaysiaKu produk, ciri serta gambaran produk tersebut. Reka bentuk fizikal pula
menitikberatkan butir-butir terperinci mengenai produk termasuklah
Goh Peng Ooi merupakan warna, audio, imej, reka bentuk menu dan ikon yang akan digunakan.
seorang usahawan perisian Setiap aspek yang ada dalam “antara muka” akan diambil kira.
komputer yang tergolong
3 Membina Prototaip Interaksi
dalam 50 orang jutawan di
Malaysia.
Prototaip interaksi secara umumnya ialah gambaran awal bagi produk
Beliau memiliki yang ingin dibangunkan untuk membolehkan produk tersebut dikaji dan
syarikat Silverlake Axis diuji. Produk awal ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas
yang menjual perisian daripada pengguna sebelum produk sebenar disebarkan kepada umum.
komputer kepada bank
selama lebih daripada Pengguna akan terlibat secara aktif dalam membangunkan prototaip
25 tahun. Beliau juga reka bentuk dengan cara memberikan maklum balas mengenai reka
merupakan jutawan dalam bentuk produk dari setiap aspek.
bidang teknologi yang Prototaip yang dihasilkan juga perlu selari dengan keperluan
pertama di Malaysia. pengguna yang telah ditetapkan seperti hasil analisis yang diperoleh
daripada tinjauan terhadap keperluan pengguna. Untuk membangunkan
prototaip tidak semestinya perlu menggunakan perisian. Pelbagai teknik
boleh digunakan untuk mencapai “interaksi”, dan tidak semestinya
interaksi ini hanya boleh dicapai apabila menggunakan perisian.
Sebagai contoh, lebih mudah sekiranya prototaip dilakarkan di atas
kertas. Cara ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kos serta masa
yang digunakan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin
timbul dalam peringkat awal.
Sains Komputer Tingkatan 4
328

