Page 166 - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 166

Tangani Obesiti dan Kurang Berat Badan



                  Diet sihat adalah sangat penting untuk membekalkan tubuh badan kita
                  dengan nutrien, sekali gus mengurangkan risiko penyakit. Amalan diet
                  seimbang dan sihat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan
                  oleh tubuh badan. Kita boleh menggunakan pendekatan B.M.V dalam
                  pemilihan diet seharian.

                                       Kecukupan
                                       Diet yang mengandungi tenaga, nutrien dan fiber
                                       pada kadar yang mencukupi.


                                       Kesederhanaan
                                       Perlu diamalkan untuk mengelakkan daripada
                    Prinsip diet       mengambil makanan terlalu banyak.
                     yang sihat
                                       Keseimbangan
                                       Mengikut piramid makanan yang seimbang.



                                       Kepelbagaian
                                       Pengambilan diet yang menggabungkan kesemua
                                       kumpulan makanan dalam piramid makanan.




                  Apa itu pendekatan B.M.V dalam pemilihan diet seharian?



                    Balanced         :    Pemilihan diet yang seimbang.



                    Moderation  :         Makan dalam saiz sajian yang sederhana.




                    Variety          :    Menyediakan pelbagai pilihan makanan yang
                                          berbeza daripada segi tekstur, warna dan rasa.










                    1.2.3                                                                             157
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171