Page 56 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 56

6.8   Pengurusan Sistem Fail PIBG
                    Pengurusan  fail  yang  teratur  dan  kemas  kini  akan  memudahkan
                    proses menyimpan segala rekod dan dokumen dengan selamat.
                    6.8.1   Pengkelasan Fail

                           (1)  Fail-fail hendaklah diberikan tajuk ringkas serta nombor
                               yang  bersesuaian  dengan  kandungan  surat-surat  di
                               dalamnya. Nombor Fail Tajuk Besar mestilah disesuaikan
                               dengan sistem Nombor Fail yang sedia ada di sekolah.
                           (2)  Ada  pelbagai  kaedah  membahagikan  fail-fail  kepada
                               tajuk-tajuk dan nombor-nombor tertentu. Amalan biasa
                               oada peringkat sekolah ialah sistsem yang diberikan oleh
                               IAB (Institut Aminuddin Baki). Tajuk-tajuk fail diberikan
                               angka kod 3 level seperti berikut: 01/01/001.
                                Level I        : 01   – Tajuk Besar
                                Level II       : 01   – 09 Perkara
                                Contoh:
                                               : 01   – Surat Pekeliling
                                               : 02   – Mesyuarat
                                               : 03   – Pelan Bertindak
                                                         (Program)
                                               : 04   – Biro Akademik
                                               : 05   – Biro Kokurikulum
                                               : 06   – Biro Disiplin
                                               : 07   – Biro Bina Insan
                                               : 08   – Biro Keceriaan
                                               : 09   – Jawatankuasa

                                Level III  : 001   –    009      Aktiviti
                               Contoh:
                                Level       I        II        III
                                           01       04         001      (     )
                                          Tajuk  Akademik     Kelas     Bil.
                                          Besar             Bimbingan   Surat

                           (3)  Tiap-tiap fail hendaklah ada kertas minit yang diletakkan
                               di sebelah kiri dan surat-surat di sebelah kanan.
                               Semua surat di dalam fail hendaklah direkodkan pada
                               kertas minit mengikut turutan:
                               Surat Keluar   –  Dakwat Biru
                               Surat Masuk  –  Dakwat Merah
           56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61