Page 57 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 57

Fail hendaklah ditutup apabila telah mengandungi 100
                               kandugan tersenarai pada minit atau apabila difikirkan
                               terlalu tebal.

                           (4)  Setelah  fail  itu  penuh,  catatkan  jilid  I  pada  nombor
                               rujukannya. Buka fail lain menggunakan jilid II dengan
                               nombor rujukan yang sama. Bilangan kandungan juga
                               dimulakan kembali dengan nombor satu.
                               Contoh    :     01/01/001 Jld. II (     )

                           (5)  Pengurusan surat-menyurat

                               i)  Dalam pengurusan, surat-menyurat adalah penting
                                   bagi  merekodkan  sesuatu  urusan.  Surat-menyurat
                                   hendaklah  dibuat  secara  rasmi  dan  mengikut
                                   peraturan yang betul iaitu:

                                   a.  Dicatatkan  nombor  siri  rujukan  failnya  dan
                                      tarikh.
                                   b.  Diberikan  tajuk  yang  bersesuaian  dengan
                                      kandungannya.
                                   c.  Menggunakan tajuk yang sama jika menjawab
                                      surat.

                               ii)  Surat-menyurat  kepada  Jabatan  hendaklah  atas
                                   nama  jawatan  Ketua  Jabatan  berkenaan.  Walau
                                   bagaimanapun  sekiranya  surat  tersebut  untuk
                                   tindakan  pegawai  yang  tertentu,  hendaklah  ditulis
                                   ‘untuk perhatian’ (u.p.)
                               Contoh:
                               Pengarah Pelajaran
                               Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
                               Persiaran Duta, Off Jalan Duta
                               50604 Kuala Lumpur
                               (u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

                           (6)  Tatacara penulisan surat :
                               i)  Jarak dua spacing di bawahnya, taipkan tajuk surat
                                   berkenaan dan hitamkan (bold).
                               ii)  Pembukaan  surat  menggunakan  ‘salutation’
                                   yang bersesuaian dengan kedudukan dan gelaran
                                   kebesaran:  Tuan/Puan,  Yang  Berhormat,  Dato’,
                                   Yang Mulia dan lain-lain

                                                                        57
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62