Page 106 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 106
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-
i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru
Besar pada susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar
dengan senyap dan tersusun.
6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas,
GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.
6.3 Cuti /Guru tidak hadir.
Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-
tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan
seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan 24.
6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta
(tidak melebihi 2 hari).
6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan
menjadi suatu hak pemohon).
6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C
hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang
dipohon.
6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat
jika anda sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan SEGERA
(telefon).
6.3.5 Pastikan tugas disediakan/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan
muridhendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti
berserta rekod mengajar.
6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru
Besar.
6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan
sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar.
*** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah
mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta.
6.5 Pakaian Batik.
Pakaian batik – merujuk Surat JPA (S) TT.193/37/Jld. 4 (57) bertarikh 9 November 2004
menghendaki semua pegawai awam memakai pakaian batik. Keputusan ini tidak terpakai
kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam.
106 | S K T D 2

