Page 358 - Buku Pengurusan
P. 358
349
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan
oleh murid berkenaan.
Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod
oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang
disimpan di dalam almari di bilik Disiplin.
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya Boleh dituntut
balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM/
GPKP dan menandatangani surat kontrak dituntut pada hujung tahun.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan
setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid.
2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:/ tatacara disiplin
semua guru
kelas-kelas (untuk ditampal)
2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas – rekod kesalahan murid di buku pemantauan
kelas
Guru Disiplin akan kumpulkan.
Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
Kedatangan penuh-2 kali setahun
Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap
bulan.
Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada
akhir tahun.
2.8 Pengurusan Perhimpunan / Roll Call
2.8.1 Roll call dijalankan setiap hari. (Isnin, Rabu, Khamis). Manakala Perhimpunan
sekali seminggu iaitu pada hari Selasa. Pada hari Jumaat,murid-murid sesi pagi
akan terus bergerak ke kelas masing-masing sementara menunggu guru
tingkatan manakala sesi petang akan berkumpul di Balai Kerapatan.
2.8.2 Diuruskan oleh guru bertugas perhimpunan / roll call.
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan / Roll call
kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada
berada di perhimpunan tersebut.
2.8.5 Murid digalakkan membaca bahan bacaan sementara menunggu Perhimpunan /
roll call bermula.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

